Header Ads

test

Surirumah di tawan pengganas di Lahad Datu

Semalam bila mama buka FB, ada yg bgtau berita ni tak benar.. tp dalam harian metro ada dipaparkan berita ni, siap dgn nama dan umur. So, cerita ini rupanya adalah benar..

-----------

Lebih 1,000 penduduk dari beberapa kampung di Felda Sahabat 43, di sini, diarah berpindah selepas empat saki-baki pengganas dikesan menceroboh sebuah rumah di Kembara Sakti, kelmarin sebelum mengikat seorang suri rumah dan rumahnya kemudian terbakar.

Empat pengganas terbabit memecah masuk rumah Maimunah Itin, 26, jam 3 petang kelmarin dipercayai untuk mencari makanan ketika wanita itu tinggal seorang diri kerana suaminya, Suhaimi Omar Basah, 30-an, keluar bekerja.

Bagaimanapun, dia yang diikat kaki dan tangan dengan tali berjaya melucutkan ikatan sebelum lari menyelamatkan diri ketika pengganas terbabit leka menggeledah rumahnya.

Jiran Maimunah, Mohammad Ahmad, 44, berkata, selain rumah wanita itu, sebuah lagi rumah yang terletak bersebelahan turut musnah dijilat api.

“Sebaik mengetahui rumah Maimunah dimasuki pengganas, penduduk kampung menghubungi pasukan keselamatan, namun apabila mereka datang beberapa minit kemudian, pengganas sudah melarikan diri.

“Pasukan keselamatan mengepung kampung kami dan saya melihat sekurang-kurangnya 12 tembakan gas pemedih mata dilepaskan untuk mengusir kumpulan pengganas,” katanya ketika ditemui, semalam.

Hmetro

 

1 comment:

Words of wisdom