Friday, March 15, 2013

Pelakon Malaysia Aeril Zafrel diterima di Hollywood


AERIL bersama Christina dalam muzik video sebagai promosi awal filem yang dibintangi mereka.

Mama rasa berbangga plak bila terbaca ttg actor kacak Aeril Zafrel yg telah meluaskan bakatnye ke Hollywood. Bukan ramai yg dapat berlakon di sana apatah lg berlakon dgn aktres handalan, Christina Ricci dan Sharon Stone. Mama tgk lakonan masa filem Cinta Kura-kura pn mama suka.. pastu ada beberapa citer lagi yg boleh tahan ok..
- - - - - - - - - -

Kuala Lumpur: Aktor kacak Aeril Zafrel mengesahkan desas-desus pembabitannya sebagai pelakon utama dalam sebuah filem Hollywood di samping aktres handalan, Christina Ricci dan Sharon Stone.
Bercakap kepada RAP semalam, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 26, berkata, gambar aksinya dengan Ricci itu dipetik daripada satu video muzik lagu tema filem berkenaan yang masih lagi dalam pembikinan.
Mengulas lanjut, Aeril berkata, muzik video itu akan ditayangkan di saluran MTV tidak lama lagi sebagai promosi awal filem romantik itu yang menjalani penggambaran di London, England.

“Saya akui memang benar pelakon lelaki di samping Christina (Ricci) dalam gambar itu diri saya. Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem terbabit yang masih belum ada judul rasmi. Penggambaran video muzik itu dirakamkan pada awal tahun ini.

“Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini.

6 Responses so far.

  1. jangan kissing kissing mulut jeh sudah laaaa...eheh...tahniah untuk Aeiril..

  2. waaaa.bestnya dapat g sana.

  3. Rozita says:

    romantik inggeris? errrrr...... jangan sx sudah...

  4. mamapp says:

    tu laa.. mama pn risau gak kot2 ada adegan2 18sx huu.. harapnye Aeril Zafrel dpt ler menolaknye kalau ada..

    korang perasan tak muka dia cam hero smallville tu.. apa nama tak ingat dah

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors