Jangan di dera anak itu, bersabarlah layan kerenah anak


Penderaan kanak-kanak adalah masalah perubatan dan sosial di seluruh dunia.
Kebelakangan ini, kes penderaan kanak-kanak semakin berleluasa. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 orang kanak-kanak di Malaysia menjadi mangsa penderaan kanak-kanak.

Penderaan kanak-kanak berlaku dalam pelbagai bentuk seperti penderaan fizikal, seksual, emosional dan pengabaian kanak-kanak. Bentuk penderaan paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual. Penderaan kanak-kanak secara emosi kurang mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama jenis penderaan lain.

Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan.

Penderaan emosi tidak dikenal pasti kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju dengan maksud penderaan emosi.

Punca deraan
Menurut laporan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, berdasarkan perangkaan kes penderaan kanak-kanak bagi 2005 hingga 2012 (Januari hingga Julai), 40 peratus pelaku dalam kalangan ibu bapa dan 19 peratus membabitkan pengasuh.

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan masalah penderaan kanak-kanak berlaku. Salah satu ialah faktor kemiskinan dalam keluarga. Kerap kali ibu bapa yang miskin mengalami tekanan ekonomi dan kerja daripada majikan.

Tiada tempat bagi mereka melepaskan geram kecuali kepada anak-anak. Golongan ini berpendidikan rendah dan tidak memahami psikologi anak. Dilaporkan bahawa golongan berpendapat rendah dan berpendidikan rendah adalah paling ramai mendera kanak-kanak.

Punca kedua yang menyebabkan kanak-kanak didera ialah penyakit sosial seperti mabuk atau suka berjudi. Apabila bapa pulang dalam keadaan mabuk dan kalah judi, mereka hanya mahu melepaskan geram kepada isteri ataupun anak tanpa disedari.

Anugerah Tuhan

Secara amnya, apabila seseorang itu pernah didera sejak kecil, mereka berpotensi untuk menjadi pendera pada masa akan datang.

Islam memberi panduan yang terbaik dan tersusun dalam menguruskan anak-anak. Islam menerapkan sifat baik yang perlulah kita contohi seperti bersabar dalam melayan kerenah anak-anak.

Anak adalah amanah paling berharga daripada Allah SWT yang perlu dipikul tanggungjawab oleh ibu bapa. Alangkah baiknya jika anak menjadi harta tidak ternilai dibandingkan dengan harta dunia yang lain, kerana anak yang soleh akan membantu ibu bapanya untuk masuk ke syurga Allah.

sumber BH

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

6 Comments

Words of wisdom

  1. anak adalah harta yang tidak ternilai harganya

    ReplyDelete
  2. Sangat tidak paham dengan mak bapak yang suka "pukoi" anak kecil ni...tak dak rasa belas dan kasih sayang ke kat anak tu...kalau dah memang jenis tak suka anak...dok galak pi buat anak tu buat apa?...aku memang 'hangin' betoi kalau kes "pukoi" anak ni.

    ReplyDelete
  3. tengok budak kecik menangis pun rasa kesian dan sedih... apatah lagi nak pukul.. tak fhm mak ayah yg suka dera anak nih,

    ReplyDelete
  4. tu laa bila baca berita penderaan kanak2 mama pn x smpai ati huu

    ReplyDelete
  5. manusia kadang2 hilang pedoman bila datang masalah...terutama kewangan... itu juga punca utama penceraian..

    ReplyDelete
  6. tu laa ita.. selalunya masalah kewangan penyebab bermacam2 masalah lain.. tu lah terjadi harta benda dijadikan keutamaan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post