Tuesday, March 26, 2013

Guru KAFA maut disamun

Alfatihah buat mangsa.. pengajaran buat diri mama.. kalau nak naik kereta sapu kena fikir byk kali dulu huu..

---------

Kota Bharu: Seorang guru agama berusia 54 tahun maut selepas tercampak keluar dari sebuah kereta di Persimpangan Kampung Sat Hilir, Tanah Merah, kelmarin.

Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan mangsa dicampak keluar dari kereta berkenaan dalam kejadian dipercayai cubaan ragut pada kira-kira jam 10.30 pagi itu. Ia berdasarkan keterangan saksi, yang mendakwa melihat kereta terbabit yang dipandu seorang lelaki turut membawa seorang lagi lelaki di kerusi penumpang belakang.

Rafiah Seman, 54, guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), dikatakan menaiki PROTON Iswara hitam terbabit, yang dipercayai menyamar sebagai kereta sewa haram atau atau prebet sapu'prebet sapu untuk ke pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Tanah Merah, sebelum dia dipercayai cuba diragut.


Tercampak keluar

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata seorang rakan mangsa, yang berselisih dengan kereta itu mendakwa melihat Rafiah seperti melambai-lambai sebelum pintu belakang kiri kereta itu terbuka dan mangsa tercampak keluar.

Dia kemudian berpatah balik ke tempat kejadian dan menemui mangsa terbaring di tepi jalan, pengsan serta berlumuran darah. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanah Merah sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami bengkak di belakang badan dan dahi kanan, benjol belakang kepala serta luka dan pendarahan. Dia disahkan meninggal dunia jam 8.49 malam berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. selepas Majlis Peringatan Hari Polis ke-206 Peringkat Kontinjen Kelantan, di sini, semalam.
Urusan pinjaman

Sementara itu, anak sulung Rafiah yang hanya mahu dikenali Along, 31, berkata mangsa menaiki kereta sewa haram itu dari rumah adik perempuannya berusia 29 tahun di Kampung Kelar, Pasir Mas untuk ke pejabat AIM bagi urusan pembayaran pinjaman dan mengajar mengaji seperti rutinnya setiap Ahad.

5 Responses so far.

  1. subhanaALLAH
    manusia yg makin kejam dizaman ini
    hanya kerana wang sanggup menginaya org lain
    moga aruahyarhamah ditempatkan disisi insan yg solehah..
    alfatihah

  2. mcm la zaman skarang....dunia dihujung tnduk...ya tuhan.

  3. zaman skrg mnakutkan..jenayah dimana2 & tak kira siapa..takziah buat keluarga mangsa.semoga rohya ditempatkan dikalangan org beriman.alfatihah

  4. mamapp says:

    tu laa... semoga syurga balasan buat guru ni kan.. kita kena hati-hati sebab org jahat ni ada di mana2

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors