Wednesday, February 20, 2013

Lima kanak-kanak tadika cedera disambar api

Nauzubillah.. semoga kejadian ni tak terjadi ditempat2 lain…

------

 

BAGAN SERAI - Percikan api berpunca daripada kebocoran gas memasak di sebuah tadika swasta di Taman Serai Mayang, di sini, mencederakan lima kanak-kanak tadika yang sedang menikmati hidangan makan tengah hari, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Zainuddin Mohd Nordin memaklumkan, kejadian berlaku pada lebih kurang jam 11 pagi dan kanak-kanak terbabit berusia antara lima dan enam tahun.

Menurut beliau, ketika kejadian, seorang tenaga pengajar tadika terbabit cuba menghidupkan api dapur untuk memasak air dan api yang dihidupkan dikatakan menjulang tinggi hingga ke dinding dapur sebelum percikan api mengenai lima kanak-kanak di meja makan.

"Kejadian telah mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mengalami kecederaan serius pada bahagian muka dan tangan, manakala empat yang lain termasuk seorang perempuan cedera ringan.

"Anggota bomba tiba di lokasi lima minit selepas kejadian dan telah menghantar semua kanak-kanak terbabit ke Klinik Kesihatan Bagan Serai dalam kadar segera untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui, semalam.

Tambah Zainuddin, berdasarkan siasatan, bomba mengenal pasti percikan api itu berpunca dari masalah picu pengetat hos tong gas longgar, menyebabkan berlaku kebocoran gas.

Jelasnya, kebocoran gas telah menyebabkan api menjulang naik ke dinding dengan cepat, sebaik sahaja api dihidupkan guru berkenaan. Namun semua mangsa di lokasi kejadian agak bernasib baik kerana percikan api tidak merebak ke kawasan mudah terbakar.

"Kejadian juga mencetuskan keadaan kecoh di tadika terbabit, dan semua ibu bapa pelajar telah membawa anak-anak mereka pulang ke rumah masing-masing.

"Kami cuba mendapatkan penjelasan daripada guru terbabit, namun dia masih trauma akibat kejadian. Kejadian tidak membabitkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda," katanya.

Zainuddin mendedahkan, bomba juga menerima laporan kejadian serupa melibatkan sebuah rumah di kawasan berhampiran lokasi kejadian, baru-baru ini dan menasihatkan orang ramai untuk memeriksa keadaan tong gas sekali dalam setahun bagi mengelak berlaku kebocoran gas.

Beliau turut mengesyorkan hos tong gas ditukar sekurang-kurangnya sekali dalam setahun bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

-Sinar

5 Responses so far.

  1. panggil amah jaga anak, kena dera.
    hantar taska jaga anak, macam2 bahaya x berbau.

    rasenya every office building ni kena buat satu floor khas utk nursery je. Business jugak tu. :D

  2. mamapp says:

    mama setuju hanida.. dapat la buat keje dgn lebih fokus.. lagipun hati ibu2 semua pun lebih tenteram kan..

  3. Zainal says:

    kesian , malang tak berbau

  4. Zurina says:

    moga dlindungiNya ank2 kita dari sbrg malapetaka!!!

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors