Friday, January 18, 2013

Kasih Seorang Ayah

Diambil dari FB..

 

Bablu Jatav.38 tahun. Itulah nama seorang ayah yang tabah meneruskan sebuah perit kehidupan bersama anakandanya yang tercinta, Damini. Damini yang berumur sebulan terpaksa ‘mengikut’ ayahnya : seorang penarik beca : kemana sahaja destinasi yang penumpang inginkan.

 

Diikat Damini di dadanya sambil sebelah tangan menapu kasih belakang anaknya itu. Dengan kudrat yang ada, sebelah tangan lagi memegang handle becanya dan kedua-dua belah kakinya menarik kuat pengayuh untuk menggerakkan beca usang yang dinaiki penumpang. Sungguh sayu..

 

Pernah sekali, Damini demam panas akibat cuaca yang begitu membahang. Kekeringan dan kehausan terpaksa insan kerdil ini tanggung. Manakan tidak.. Bayi seusianya yang lain masih berbedung sedangkan dia sudah ‘bekerja’.

 

Di manakah ibunya? Mengapa si Ibu tidak menjaga Damini?

 

Untuk pengetahuan Ibu-Ibu sekalian,, Ibu Damini , Shanti telah pun meninggal dunia ketika melahirkan Damini. Kini, anak kecil itu sudah tidak ada sesiapa lagi melainkan ayahnya. Saudara-mara hilang entah ke mana.

 

Tanpa mengenal apa itu erti berputus asa, Bablu Jatav, ayah yang begitu pengasih dan penyayang berkata “ Walaupun tiada sesiapa ingin menjaga anak saya, biarkan.. Biarkan tiada. Kerana saya sendiri yang akan menjaganya dengan membawanya bersama biarpun ke akhir usia saya’’

 

Kagum dengan pengorbanan beliau.  Ingatlah.. Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.. Ayah.. Maafkan Segala Silap Salahku. Semoga Allah Sentiasa Merahmatimu..

 

 

---------------------------------------------------

Sumber : dailymail.co.uk

Diolah oleh : karyawanbisu

19 Responses so far.

  1. Betapa hebatnya kasih seorang ayah.... Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

  2. mira_nas says:

    itulah pengorbanan ayah.. tak pernah merungut

  3. sedihnyaa..nauzubillah..semoga anak2 kita ade ayah dan ibunya..aminnn

  4. teringt kat ayah d kg..smoga mereka diberi kekuatan mnghdpi dugaan hebat ni.

  5. sedihnyeee baca kisah ni......diharapkan semua lelaki ada sikap ni....

  6. MaMa Rey says:

    sedih terbaca kisah ini..

  7. smoga semua lelaki mpunyai kasih syg sprt ini..

  8. Rozita says:

    sedihnya... lelaki yang baik macam ni payah nak jumpa..

  9. awk ditag http://music-syasya95.blogspot.com/2013/01/fivers-hijabis-giveaway-ii.html komen tau :)

  10. Buatbest says:

    wah..terharu tgk bapa yg mcm tu kan..huhu

  11. Cik Yaya says:

    pengorbanan seorang ayah......

  12. pengorbanan demi seorng anak...

  13. ANISRAHIM says:

    subhanallah. sedih kisah ni.

  14. betapa besarnya pengorbanan ayah ni.. sebak rasanya..

  15. Sedihnya.......akak rindu arwah bapa akak...semoga rohnya bersama2 mereka yang beriman...

  16. mamapp says:

    kisah teladan utk kita semua

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors