Tip Penjagaan Kanta Lekap

Salam semua, harini mama nak share ttg tips penjagaan kanta lekap;

Apa tu kanta lekap? Haa cu jawab haha.. rasanya semua org tau kot.. Kanta lekap adalah kanta yang dipakai terus pada mata bagi memperbetulkan kecacatan refraksi. Selain dapat membantu meningkatkan ketajaman mata, paling utama pemakaiannya memberi keselesaan kepada si pemakai. Terdapat tiga jenis kanta lekap di pasaran ketika ini iaitu dari jenis keras, separa keras dan lembut. Selain dihasilkan daripada warna jernih yang seakan sama dengan warna anak mata, kini kemunculannya semakin meriah dengan kepelbagaian warna dan juga corak. Bayangkan dengan hanya bermodalkan kurang daripada RM100, mereka yang mempunyai penglihatan bermasalah, kini boleh melihat secara normal melalui pemakaian alternatif ini. Tiada lagi masalah kepada si pemain bola sepak, perenang, penggemar aktiviti lasak dan sesiapa sahaja yang selama ini terpaksa membataskan pergerakan akibat masalah rabun yang dihadapi.

Langkah 1: Basuh tangan setiap kali anda hendak membuka kanta lekap.
Langkah 2: Keluarkan kanta lekap secara berhati-hati
Langkah 3: Letakkan kanta lekap dengan tapak tangan anda. Bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih penyelesai pelbagai guna.
Langkah 4: Bilaslah kanta lengkap anda dengan titisan pencuci khas yang sama untuk menghilangkan kuman yang terlekat padanya.
Lnngkah 5: Simpan kanta lekap anda dalam bekas khasnya, pastikan bekas tersebut bersih dan perlulah diganti dengan kerap supaya kuman yang ada pada bekas lama tidak melekat pada kanta lekap anda.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

5 Comments

Words of wisdom

  1. aku avoid kanta lekap... pernah pakai sekali je masa student....azab....huhu....

    ReplyDelete
  2. We wish you Merry Christmas and a happy, prosperous, new year. May all your dreams and wishes come true. http://fotisbazakas.blogspot.gr

    ReplyDelete
  3. saya kadang2 nak cepat terus je simpan..hehe

    :-)

    ReplyDelete
  4. kanta lekap ni sgt sensitif.. kena sentiasa jaga hygine supaya tak terkena jangkitan etc.. pernah kawan kt opis hampir buta sebab terkena jangkitan.. punca dia sebab guna air yg tercemar masa cuci tu..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post