Cara Tingkatkan Metabolisme Melalui Makanan

Tingkatkan metabolisme melalui makanan

Minta maaf semua, beberapa hari ni mama pipie sgt2 bz kat opis.. mmg tak sempat nk buat posting.. bila balik umah dh exhausted plak.. huhu.. Dah lama mama pipie tak share tips pelangsingan badan kan. Hehe mmg mama ni bukannya seorg yg kurus pong. Tapi tips ni utk bahan bacaan mama gak. Senang nak refer ye tak.. ok, korang nak tau tak 4 cara untuk tingkatkan metabolism hanya dengan memilih makanan yg sesuai aje.. Ada satu kajian menunjukkan terdapat 4 cara bagi menggalakkan dan seterusnya meningkatkan metabolisme badan. ;




1 Makan dengan kerap

Anda perlu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Kekerapan yang sesuai adalah 5 - 6 kali sehari. Amalan ini membuatkan anda sentiasa fikir yang anda sentiasa kenyang disebabkan banyak kali makan sekali gus kadar metabolism badan meningkat disebabkan proses penghadaman sentiasa berjalan berbanding dengan hanya 3 kali makan berat sehari. Dianggarkan 10% daripada kalori yang diambil dalam pemakanan anda akan digunakan untuk proses pencernaan dan penyerapan makanan. Kesimpulannya, semakin kerap anda makan, semakin meningkat kadar metabolisme.



2 Makan makanan pedas

Makanan pedas mengandungi capsaicin yang mana boleh meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 50% dalam tempoh 3 jam selepas makan.



3 Makan ikan

Dengan hanya memakan ikan, anda berupaya membakar hingga 400 kalori makanan. Protein dalam makanan menyebabkan badan anda terpaksa menggunakan kalori yang banyak untuk mencernakannya. Selain itu, kandungan Omega 3 dalam ikan amat bagus untuk jantung anda. 



4 Makan serat

Makanan yang berunsurkan serat membuatkan badan anda banyak menggunakan kalori untuk mencernakannya.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. saya akan cuba. wish me good luck yer..hehehehe

    ReplyDelete
  2. yey suka makan ikan dan serat(sayur dan buah).mmg tgh diet.kihkih..

    yg lg dua tu ssh sikit nak buat..:)

    ReplyDelete
  3. Today im late, but better late than ever ;) Have a great day!!!

    ReplyDelete
  4. iena, ell, pn kutu.. jom kita amalkan. mama pn mula dh amalkan mkn ikan dgn sayur byk2,,

    caliph untung la sebab mkn sket

    ReplyDelete
  5. sgt2 suke .. betul semua dik ;)

    ReplyDelete
  6. ooo yeke.. br tau... nasib semua ni saya suke :-)

    ReplyDelete
  7. ye ke kak ieda.. mmg sedang jadikan amalan ni.. manalah tau. kalau tak byk sikit pon ok lakan..

    intan berlian, untung le awak ye

    ReplyDelete
  8. selalu dah buat..tp..xkurus2..haha..kena usaha lg nie..hee

    ReplyDelete
Previous Post Next Post