Majlis Makan Malam Amal Bersama Raja Pop - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, March 12, 2012

Majlis Makan Malam Amal Bersama Raja Pop

Salam semua, semalam aku n family berpeluang menghadiri Majlis Makan Malam Amal Bersama Raja Pop, Jamal Abdillah di Intekma Resort. Makanan memang superb.. Jamal Abdillah? Fuh, berkali-kali lagi superb. Suara dia mmg mantop giler sampai meremang2 bulu roma aku.. Alhamdulillah Syafi duk diam sepanjang majlis. Dia sibuk main game dlm henpon aku hihi..

 

Artis jemputan ialah Rosma AF dan Mawi. Pengacara pula ialah Sharifah Syahirah.. Overall majlis mmg pueh hati sangat2.. Masa Jamal kata majlis dh tamat, ramai yg kata “we want more! we want more!”. Dgn sportingnya dia nyanyi lagi 3-4 lagu sambil main gitar. Masa dia nyanyi lagu kasih ibu, mmg terasa syahdu sgt2. Sampai Jamal sendiri pon menangis huhu.. Apapun mmg salute dgn Jamal, patutlah mak aku gile betul dgn dia ni. Even arwah nenek aku pon minat dia tau..

 

Sepanjang penilaian aku, Jamal nampak humble dan sgt sporting. Siap bawak anak dia Osama lagi naik atas pentas. Sori eh, gambar Jamal nyanyi dgn Rosma tak sempat amik sebab tgh layan anak bujang aku makan.. hihi.. Apapun dia mmg baik dan dia ingat band atau sesapa yg kerap join majlis dia.. All the best buat Jamal, semoga majlis amal ini menambahkan lagi pahala buat Jamal.. amin..

6 comments:

  1. Awet muda raja pop kita ye...

    ReplyDelete
  2. suka suara Jamal ni. mmg terbaik!!!

    ReplyDelete
  3. wah,dapat tgk jamal nyanyi ..best nyer

    ReplyDelete
  4. suka dpt tgk raja pop tu secara live kan...hehe...
    sora dia memang best sgt...

    ReplyDelete
  5. nice blog! thanks for the visit!

    ReplyDelete

Words of wisdom