Tuesday, February 28, 2012

Anak juga pandai Stress tau

Haha.. gambar sendal dari Syafi yg tengah stress..

 

Dalam menjaga anak, kita kadang-kadang rasa stress juga kan. Mungkin disebabkan anak tanak dengar cakap, or anak buat sepah.. makan comot2, etc. tapi korang nak tau bahawa anak kita pon boleh rasa stress terhadap kita, as parents.. Jom kita kenali stress di kalangan kanak-kanak dan cara menanganinya;

 

Stres atau murung akan mengakibatkan kanak-kanak mengalami situasi seperti:

1, Kencing malam

2. Sakit perut

3. Termenung

4. Kurang selera makan

5. Menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara.

 

Kebolehan berbeza

Setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza. Jika anak didapati tidak menunjukkan minat kepada sebarang aktiviti, jangan memaksanya. Cari sesuatu yang membuatkan dia minat. Cara ini tidak memberi tekanan kepadanya.

 

Komunikasi

Ia adalah cara yang baik untuk mengetahui apa yang diingini anak itu. Biarlah dia meluahkan isi hatinya dan rasa tidak puas hatinya kepada anda. Malah anak akan menyedari bahawa komunikasi mampu memberinya peluang untuk membuat pilihan.

 

Beri tanggungjawab

Sediakan tugasan yang mesti dia lakukan. Tugasan yang dilakukan itu mengajarnya bagaimana menyusun dan merancang kerja. Sekaligus mengajarnya mengawal tekanan. Ini adalah cara untuk menunjukkan pencapaian yang dia boleh lakukan.

 

Lawak jenaka

Ajarlah anak anda mengatasi masalah secara positif. Tidak salah menggunakan lawak jenaka sebagai satu cara untuk dia melupakan segala kebimbangan dalam dirinya. Sekaligus mengelakkan anak menjerit dan membuat ragam.

 

Aktiviti fizikal

Udara yang segar memberikan ketenangan. Bawalah anak anda pergi melakukan senaman secara rutin termasuk permainan bola, mengayuh basikal dan pergi ke taman. Cara yang baik mengurangkan tekanan.

 

Minat melukis

Jika anak minat melukis, berikan ia pensil, kertas dan krayon, biarkan dia melukis dan mewarna. Cara ini boleh membuatkan dia meluahkan perasaannya. Apabila dia fokus kepada lukisannya, dia akan dapat melupakan rasa murung dalam dirinya.

 

Dengar muzik

Tenangkan emosi anak dengan mendengar muzik. Anda juga boleh menyanyi bersamanya. Rasa murung akan hilang setelah mendengar muzik. Malah dia akan kelihatan ceria selepas itu.

 

Senaman pernafasan

Ajar anak bagaimana menarik dan menghembus nafas. Ini akan membuatkan dia merasa rileks. Malah ia dapat memberi lebih oksigen pada badannya. Lakukan berulang kali. Cara ini akan memberikan ketenangan kepada dirinya.

 

Layanan mesra

Beri perhatian kepadanya dengan memeluk dan menyentuhnya. Dia skan merasa lebih tenang.

 

Kegagalan asas kejayaan

Berikan kata-kata semangat bahawa setiap manusia akan mengalami kegagalan dalam hidupnya. Jadikan ia semangat untuk berjaya, walaupun ketika itu dia gagal dalam melakukan sesuatu.

 

Masa untuk berehat

Ingat semua kanak-kanak memerlukan masa untuk berehat. Dia juga memerlukan ruang privasinya tanpa gangguan. Anak anda mungkin letih selepas rutin hariannya.

 

Pergi melancong

Pasti dia teruja dengan pendekatan ini. Berilah dia peluang memilih lokasi percutiannya. Cara ini membuatkannya rasa diri dihargai.

 

Pemakanan sihat

Sesetengah makanan yang mengandungi kafein, gula dan garam akan meningkatkan tidak balas terhadap stres.. Kafein menyebabkan rasa letih dan mudah tersinggung. Ia terdapat pada coklat.

 

Terima emosi anak

Jangan sesekali menidakkan perasaan anak yang inginkan sesuatu. Jangan menganggap anak anda mengada-ngada. Emosi yang diterima baik mengajar anak-anak untuk berterus terang dan menerima dirinya dengan baik.

 

Teknik relaksasi

Ajarlah anak berzikir, membaca al-Quran dan solat. Ia membantu anak merasa tenang sekiranya mengalami stres.

 

Pendidikan betul sejak kecil

Bina keyakinan dalam dirinya untuk menghadapi sebarang situasi. Cara ini membantu dia daripada menghadapi masalah di tadika atau taska tanpa rasa rendah diri. Ini akan membuatkan dia yakin pada dirinya.

 

Teliti keluhan anak

Keluhan di kalangan kanak-kanak perlu diperiksa dengan teliti supaya segala punca boleh kenal pasti. Jika ia berkaitan dengan psikologi, bawalah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

 

Tunjukkan minat secara aktif

Bertanya kepadanya apa yang berlaku pada setiap hari. Selalunya anak akan seronok bercerita kerana tahu ibu bapa mengambil berat mengenai dirinya dan secara tidak langsung mengurangkan keresahannya.

13 Responses so far.

  1. AdaM Hawa says:

    tu dia.. Syafi menangis..

  2. ~Z.U.R.A~ says:

    bila anak2 stress, kita pun leh stress... kene handle dengan sabar kan.... hehehe

  3. thomas says:

    dunia masa kini mesin pun boleh stress

  4. Sempat mama dia amik gambau anak tengah stress...hehehe

  5. Nadzmy says:

    ingat kanak2 xstress..hehe

  6. budak2 skang ni mcm2 pangai kan...

  7. anak-anak saja bisa stress, bagaimana orang dewasa.... jangan di biarkan anak-anak masih kecil sudah bisa stress....

    salam

  8. Jeremy says:

    This is good information. Not just the adult feels stress in life but also the kids.
    SMSF

  9. Anak Kak Alin stress mana kena buat homework sb Mama dah jd singa..heheheh

  10. anak akak kurang selera mkan sbb stress yer... mcm ne nak buat tak bg stress kalau mama pun stress jugak..:)

  11. azzahoney says:

    heliza in my blog.check this out! http://chocolatemousse2.blogspot.com/

  12. yer betul tuh, saya sbg mama pd 3 org cahayamata, dlm penat2 balik keja.. berkorban perasaan penat utk dengar cerita diorang start buka pintu rumah jer... saya kena training diorang utk sharing with parents setiap apa yg erlaku sepanjang hari bila kita tak bersama diorang...saya tak suka anak2 kecil memendam perasaan marah, sedih, benci & tak puas hati. walaupun segala permintaan diorang tak semua dpt dipenuhi, tapi bila kita pasang telinga dgr keluhan mereka, diorang akan hepi coz parents pay attention..

  13. thanks ye atas semua komen.. anak stress, mak nye pon kdg2 stress gak kan. kenalah pandai tangani situasi kalau tak nantu semoa org pn stress.. x baik utk kesihatan

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors