Doa agar tidak ditimpa kesusahan dan bala musibah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Leaderboard

Thursday, October 13, 2011

Doa agar tidak ditimpa kesusahan dan bala musibah

Aku dpt ni dari email.. selama ni aku amalkan sebelum minum atau makan ubat. Kekadang tu minum air biasa pon ada gak. Tau ayat ni bagus tp tak tau plak fadhilatnye cam kat bawah ni. Jom kita baca sama2;

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ

لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Maksud ayat:

Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa, "Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

Fadhilat ayat:
1.        Seelok-eloknya dibaca tiga kali (3x), setiap kali selepas solat. Tujuannya untuk sebatikan ayat dengan diri kita (dalam badan).
2.        Boleh juga dibaca setiap masa sebelum makan/minum di gerai atau restoran. Jika ada sekiranya orang hantar santau kepada kita pada waktu itu, dengan izin Allah cawan/pinggan yang mengandungi santau itu akan pecah.
3.        Setiap ayat yang kita amalkan, ada 'khadam' yang menjaga kita, insya Allah.  

Ini adalah ayat dgn bacaan dalam tulisan rumi..
 بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim

16 comments:

  1. sye kat sklh, tiap2 pgi bce doa ni.. doa ni mmg bgus ^^

    ReplyDelete
  2. bagus mama share benda gini .. cam mana boleh nampak tulisan jawi tu yee

    ReplyDelete
  3. wah.. amaln yang baik.. nak amalkan jgk la.. alhamdulillah.. thanks berkongsi..

    ReplyDelete
  4. very gud info kak .. refresh balik~ teringat ank hanie blaja doa ni masa kat tadika dolu2 ;)(ada lagu dier skali)

    ReplyDelete
  5. mak azie pun ajar kitorang baca ayat ni dulu setiap kali before makan :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih... entry yg bagus!

    ReplyDelete
  7. bagus sharekan tentang doa.berkongsi pengetahuan dan amalan..:)

    ReplyDelete
  8. doa ni mmg bagus diamalkan..tq for sharing..=)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah. semoga kita dpt amalkan utk kebaikan semua kan

    ReplyDelete
  10. byk info disini,saya suka :D
    n done to follow,if sdi follow saya yg masih baru dlm blog nie>,<...:D

    ReplyDelete
  11. elok utk dijadikan rutin harian...

    ReplyDelete
  12. terima kasih selalu mengingatkan...

    ReplyDelete

Words of wisdom