Thursday, September 29, 2011

Senaman muka untuk mendapatkan kulit yg menawan

Gambo syafi sebagai hiasan..

Selain bertujuan untuk menghaluskan kulit, senaman ini juga mampu menghilangkan garis-garis kedutan di muka.. Ketika otot-otot di muka mulai hilang ketegangannya, senaman ini mampu membantu utk menegangkan semula otot-otot di bahagian tersebut. Secara tak langsung ia adalah senaman anti penuaan dan awet muda.. Haa.. menarik tak? Jom kita try..

Dahi
Tempatkan jari telunjuk tepat di atas mata dan tarik ke bawah mata sambil mengangkat alis. Latihan ini mampu menegangkan kulit dahi. Ulangi latihan ini sebanyak sepuluh kali.

Bibir
Hisap jari sekeras mungkin dan dengan perlahan-lahan melepaskannya. Ulangi latihan ini sebanyak sepuluh kali. Latihan wajah ini akan membuatkan bibir lebih tegang dan mungil.

Mata
Duduk dengan mata tertutup dan bertenang. Sambil memejamkan mata, lihat ke bawah dan ke atas sejauh mungkin. Ulangi latihan senam mata ini sebanyak sepuluh hingga lima belas kali.

Pipi
Ambil jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan bawa jari-jari tersebut ke pipi serta mendorongnya ke dalam. Pada masa yang sama, angkat pipi dengan senyum selebar mungkin.

Leher & Dagu
Duduk lurus dan pusingkan kepala ke belakang sambil menatap langit-langit. Tutup bibir dan tenang. Gerakkan bibir bawah ke bibir atas sejauh mungkin dan tahan sampai hitungan ke sepuluh. Santai dan ulangi sebanyak sepuluh kali.

Setelah melakukan senam wajah, regangkan otot-otot wajah dengan menggunakan cara berikut:

1 Buka bibir selebar mungkin. Rasakan pipi, dagu, dan bibir meregang. Tahan dan lepaskan dan kemudian ulangi. Latihan ini mengemaskan otot-otot wajah, meningkatkan sirkulasi dan mengurangi ketegangan serta stres.

2 Tarik nafas dalam-dalam dan kemudian hembus nafas sekali gus sambil membuka mulut lebar-lebar dan jelirkan lidah sejauh mungkin. Buka mata dan lihat ke atas. Ini membantu untuk mengurangkan ketegangan di wajah dan leher, meningkatkan aliran darah di bawah kulit bahagian tersebut dan merangsang mata.

3 Cubit pipi dan urut perlahan-perlahan. Ini meningkatkan perjalanan darah.

13 Responses so far.

  1. hajarus says:

    thanks akak for sharing... ;d

  2. ziraziz says:

    ade yg xpnh dgr pn...btw tq 4 sharing :)..blh praktikkan ni...

  3. ouwh yeah ! nice sharing... =)

  4. Puanbee2 says:

    tudia senaman muka yg paling malas nk buat hehehe

  5. KPAH SENTIASA BUAT SENAMAN MUKA..ASAL TENGOK CERMIN JER BUAT SENAMAN MUKA...SATU LAGI URUTAN PADA DAHI..PIPI..DAGU..MEMANG SELALU BUAT JUGA...NAK TAHU HASIL NYA...KENALAH JUMPA SAYA...HAHAHHAAAA...

  6. khairul says:

    klu mkn chewing gum ok tak :)

  7. Novelgurl says:

    waa..cm best je ! thnkss^^ leh r try neh

  8. sengat says:

    wah senaman bibir !! nice info

  9. NzA says:

    yg best tu senaman mata..xsmpt abis brsenam terus....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...........

  10. selera4u says:

    senaman muka la paling senang nk buat. nk joging etc, M.A.L.A.S.

    selalu pagi2, sampai opis je, memula senyum manis2 sorang2 depan cermin.
    pastu senyum / sengih nampak gigi pulak.

    hahahah... mood kerja pun baik, sbb pagi2 dh tersengih2 :)

    tapi, buat sorang2. jgn bg org nmpk :) :)

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors