Hikmah Diciptakan Tidur

Pinjam gambo syafi tido masa kecik kat atas tu hehe

Di kala kengantukan yg teramat sgt sekarang ni tingin aku nak share perkara berkenaan tidur. Mlm tadik dah le tido kul 2 pagi pastu kena bersihkan muntah syafi yg keluar cam air paip padal kul 1pagi huhu…mana taknye, dah le lepas makan nasik, pastu minum susu coklat, pastu minum nutrigen, pastu bantai biskut raya byk2.. last2 keluar balik semuanya..  dah le masa tu tgh sibuk masak nasi impit nak bawak opis arinih… kesian aku kan.. ok lah jom baca..

“Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat.” (surah an-Naba`, ayat 9)
Tidur sesuatu yang menakjubkan. Ianya sebahagian dari kematian. Dengan tidur seluruh anggota badan akan terdiam, semua gerakan akan tenang. Tidur merupakan alat merehatkan jiwa, merehatkan akal, menyegarkan perut dan menyegarkan badan. Tidur adalah permainan yang menyenangkan, menyegarkan kesedihan, membebaskan rasa letih dan penat selepas bekerja seharian. Allah subhanahu wa ta`ala berfirman yang membawa maksud:

“ (Ingatlah) ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripadaNya.” (surah al-Anfaal, ayat 11)
Sesungguhnya makhluk itu lemah, maka berehatlah dengan tidur. Itulah hikmah diciptakan malam sebagai waktu tidurmu sedangkan Allah tidak akan pernah tidur kerana Dia adalah sang Pencipta yang tidak tidur dan tidak pula mengantuk.

“Allah tidak mengantuk dan tidak tidur.” (surah al-Baqarah, ayat 255)
Allah SWT tidak pernah tidur sebab Allah adalah Maha Hidup dan Maha Bangun, Allah kekal dan abadi. Dan kita tidur sebab kita berasal dari tiada dan akan kembali kepada kebinasaan. Kita keluar dari tanah dan akan kembali menjadi tanah. Kita tidur agar kita dapat mengingat mati dan sesuatu yang terjadi setelah kematian iaitu alam kubur dan apa-apa yang ada di dalamnya. Kita tidur untuk melupakan dendam, dengki, kepedihan, dan kepenatan. Kita tidur agar kita dapat bersiap sedia menghadapi hari dan umur baru dengan penuh kesegaran.

Itu saje, sekian, artikel ni aku amik dari majalah NUR tp tak ingat keluaran bila.. ngantuknye mat ani rasa nak zzzz je

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. sukanya tengok budak tido dan suka cium waktu tu dan kacau2 mulutnya dan pipinya

    ReplyDelete
  2. Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
    Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

    http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. yep..memang dpt menyegarkan kesedihan

    ReplyDelete
  4. ske tengok baby tu tido. style..hihihi

    pas tido, baru rasa lega kan akak? ^_^

    ReplyDelete
  5. ala tomeinye pipie tido ... aman damai jer

    ReplyDelete
  6. Segala apa yang diciptakan Allah pasti bermanfaat...hanya saja karena keilmuan kita yang sangat sedikit sehingga kita tidak bisa menjangkau semua hikmah di balik segala ciptaan-Nya

    ReplyDelete
  7. subahanallah. bukan shaja nikmat tido ni, tp boleh dijadikan ibadah

    ReplyDelete
  8. waktu tidolah suka tatap wajah mereka terutama lepas kita marah2 dorang..sangat kasihan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post