Amalan Kebaikan - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Wednesday, September 14, 2011

Amalan Kebaikan

Aku dpt email dari Al-Ameen Holding. Rasanya best isinya. So nak share ler supaya kita dpt keberkatannya. Al-Ameen ni adalah satu company yg menguruskan korban dan aqiqah yang dilakukan di Kemboja. Aku pernah buat utk korban. Alhamdulillah.. rasanya best gak buat kt sana sebab confirm2 bagi kat org yg memerlukan. Lagipun Al-Ameen ada bgtau yg diorang mmg guna kesemua bahagian lembu itu utk dimasak. Takde yg terbuang pon. kalau berminat  Layari  www.korbanaqiqah.com.my  atau e-mel  korbanaqiqah@alameenserve.com untuk mendapatkan borang penyertaan ye.

Dalam kitab karangan ulama' Sufi Syaikh Abd al-Shamad al-Jawi al-Falimbani yang bertajuk 'Jalan Kemuliaan Ahli Sufi'  telah diriwayatkan sebuah hadis oleh Anas r.a:

Telah bersabda Rasulullah SAW "Apabila seorang hamba melakukan dosa, maka dituliskan atasnya."

Maka bertanya seorang Arab Badwi :  "Jika dia taubat..?"
Maka Rasulullah SAW menjawab: "Jika dia taubat dihapuskan dosa itu daripadanya."
Badwi itu bertanya lagi: "Jika dia mengulanginya..?"
Rasulullah SAW menjawab: "Dituliskan pula atasnya."

Badwi itu bertanya lagi: "Sampai bila..?
Rasulullah SAW menjawab: "Sehingga dia mengucapkan istighfar dan bertaubat kepada Allah Taala daripada dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Taala tidak pernah bosan mengampuni hamba-Nya hinggalah hamba-Nya itu bosan memohon keampunan daripada-Nya. Apabila seorang hamba bercita-cita hendak melakukan kebaikan, maka malaikat yang di sebelah kanannya akan menuliskan baginya satu kebaikan, dan jika dia mengerjakan kebaikan itu , maka dituliskan pula baginya sepuluh kebajikan, yang kemudiannya  digandakan lagi menjadi tujuh ratus kali ganda oleh Allah Taala.

Sebaliknya, seorang hamba yang  bercita-cita hendak melakukan kejahatan, maka tidak dituliskan lagi baginya satu kejahatan. Jika dia telah melakukannya, maka barulah dituliskan baginya satu kejahatan dan disebaliknya itu masih terbentang sebaik-baik kemaafan daripada  Allah 'Azza wa Jalla."

Masya Allah betapa sayangnya Allah kepada kita.. baru berniat nak buat kebaikan  dah dpt pahala. Tapi kalau berniat buat kejahatan tak ditulis lagi kejahatan kita..

5 comments:

  1. memang Dia selalu sayangkan hambaNya adak.. hamba je yang selalu lupa...

    ReplyDelete
  2. Semoga kita bisa mengisi hari-hari kita dengan kebaikan aamiin...aamiin

    ReplyDelete

Words of wisdom