Thursday, July 14, 2011

Tip Keselamatan untuk Mengelakkan Keracunan Ubat Secara Tidak Sengaja

Gambo ihsan google

Salam semua.. 1st of all, minta maaf sebab aku skrg agak Nampak kurang aktif.. bukan apa, sebenarnye internet yg mmg tak aktif.. slowww giler tak hengat.. huhu sedey tau.. apapun aku try gak le blogwalk sebyk yg boleh.. sorry ye aku pn takleh komen kat posting sendiri.. sebab kena block dgn ofis ni huhuuu.. sedeynyer.. ok lah kali ni nak share ttg  Tip Keselamatan untuk Mengelakkan Keracunan Ubat Secara Tidak Sengaja. Penting ni esp buat anak aku tu yg sgt suka makan ubat huhu.. . Jom baca:

  1. Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.
  2. Jangan panggil ubat-ubatan sebagai 'gula-gula'.
  3. Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak untuk menyimpan ubat dan produk kesihatan lain. (Orang dewasa yang menghadapi masalah untuk membuka penutup botol jenis tersebut boleh minta untuk mendapatkan penutup botol jenis biasa yang senang untuk dibuka).
  4. Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan-preskripsi) di dalam bekas asal masing-masing.
  5. Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.
  6. Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.
  7. Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.
  8. Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.
  9. Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.
  10. Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.
  11. Sentiasa bersihkan kabinet ubat.
Sambil-sambil tu meh klik tawaran menarik ni:-

11 Responses so far.

  1. terima kasih untuk perkongsian yang berguna. setuju dengan no. 1 tu. banyak ibu bapa yang bila nak suruh anak dia makan ubat, bagitau yang itu gula-gula. so budak-budak dah tersalah konsep kat situ.

    Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?
    Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

  2. anak ct,tak dmm pun nak makan ubat...kena letak ubat tempat yg tinggi

  3. yeap memang betul ramai kanak2 yang ingat ubat yang kapsul2 tu gula2,,salah satu sebab, gula2 pun dah byk yg bentuk cam ubat..

  4. Rozita says:

    info bagus ni adak... kami selalu letak dalam peti je... kena alert pasni.. seblm ni tak risau pasal anak2 takut makan ubat..

  5. Ferry I says:

    Sebagai orang tua kita memang harus sangat berhati-hati dengan obat.Karena anak terkadang mengambil apa saja yang bisa diambil dan dimasukkan dalam mulutnya.Sangat berbahaya.
    Terima kasih atas berbagi ilmunya sahabat...

  6. Puan Kutu says:

    ank sy pun pernah nk mkn ubat dlm peti ai,pantang batuk sikit.nsib baik sempattgok..yg penting kena bagitau ank yg benda tu bahaya..klu umur macam ank syla..klu kecik lg ibu bapa kena pantau dan pastikan ubat disimpan tmpt tggi la kan..

  7. ank sdara sy suka amik ubat sendiri.. kdg2 dh siap makan.. risau btul laa wlaupun dh simpan tinggi2 ubat tu...

  8. mommyYen says:

    thanks for sharing info..tip yg sgt bguna..

  9. Terbelog says:

    caye x
    umah bujang sy ni
    xde kotak ubat pun :0

  10. Mrs.Yie says:

    budak2 ni selalunya susah sangat nak makan ubat..entah apa la yg diaorang takut sangat..kalau kita bagi makan ubat,macam la kita ni nak bagi dia makan racun lak..

  11. armouris says:

    lagi info tentang keracunan ubat di SIHAT SELALU - Elak Keracunan Ubat-ubatan

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors