Saturday, July 2, 2011

Mengidam.. Petunjuk kurang zat dalam badan..

Tgk gambo kat atas tu, aku printscreen dr site metro.. kesian kan.. tgh peknen2, nak manjakan diri tetiba kena plak belasah dgn suami.. Mengidam tak salah.. tapi sebagai manusia kita kalau nk cakap apa2 dgn hubby or sesapa sahaja, kenalah tgk juga keadaan.. kalau org tu tgh penat.. jgn terus terjah.. tunggu lah dia rehat dulu barulah bgtau apa yg kita nak.. tu pendapat aku laa.. bagi ibu-ibu mengandung kat luar sana marilah baca pasal mengidam ni..

Mengidam sememangnya biasa dialami oleh wanita hamil. Terdapat segelintir wanita yang melalui keadaan ini di mana dia mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan makanan tertentu. Punca utamanya masih belum dapat dikenal pasti dan masih menjadi tanda tanya. Biar pun begitu, kebanyakan pakar pemakanan beranggapan hormon dan kekurangan sesetengah jenis zat makanan mungkin menjadi penyebab rasa mengidam. Kehamilan yang ditanggung mungkin  mendorong seseorang wanita itu tertekan dan mengalami kemurungan. Apabila keadaan ini berlaku, wanita berkenaan lazimnya akan mengidam makanan tertentu sebagai respons terhadap kemurungan mahupun tekanan yang dialaminya.

Dari info yg aku dpt dari majalah, dia ckp mengidam ni menunjukkan yang badan kita memberitahu yang kita ada kekurangan zat tertentu dalam badan..  
Petanda Mengidam..
1 Jika makanan yang di idamkan ialah ais atau bahan bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini sering kali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh.
2 Kekurangan mineral magnesium dalam tubuh biasanya akan menimbulkan keinginan wanita hamil untuk makan coklat.
3 Mengidam untuk makan daging merupakan petunjuk bahawa badan memerlukan protein.
4 Terdapat ibu hamil yang makan buah-buahan seperti pic dan lobak merah dalam jumlah yang banyak. Ini merupakan reaksi tubuh yang memerlukan beta karotena.

Panduan bagi mengatasi rasa mengidam:
1 Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak merudum sehingga boleh menjurus kpd makan berlebihan. Jadi, adalah digalakkan mengambil makanan seimbang 6 kali sehari.
2 Sekiranya rasa mengidam “menguasai” diri, lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti membeli-belah ataupun menonton wayang.
3 Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
4 Jika mengidam makanan yang tinggi kalori, dapatkannya dalam saiz yang lebih kecil bagi mengelakkan pemakanan berlebihan.
5 Sokongan moral amat penting kerana emosi wanita hamil biasanya tidak stabil sehingga dia menjadikan makanan sebagai teman rapat. Hakikatnya, pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi yang berubah-ubah sewaktu hamil.


Sambil-sambil tu meh klik tawaran menarik ni:-

14 Responses so far.

  1. kakngah says:

    aku jenis bila preggy takde la ngidam sesangat. kalau teringin tu, ada.. ada la.. takde pun takpe.
    lg 1, moning sickness pun tak de..
    :P

  2. el says:

    giler ke hape g belasah bini tgh mengidam..ni sure xde asas kesuamian (ada ke pktn ni mama) hahaha...meh kita laju2 g tibai dia mama..geram betul...

    el pun cam kakngah...ngidam xde..tp teringin tu mmg hahahaha

  3. ajumohit says:

    saya bukan jenis pengidam masa mengandung 3 anak2 saya ni..

  4. Puan Kutu says:

    sy tak pernah mengidam.maknanya sy cukup zat la ekk?haha...

  5. Atiey says:

    biasalah mama...dunia nie macam2..skrg nak mengidam pun tkut hehe...kalao yg mengidam tu pun agak2lah...tgk waktu si somi time dia tgh tensen ke jgn mintk pepe..naya jer..nasib somi den tak cmtu..alhamdulillah..

  6. NzA says:

    kejamnya dpt suami camtu..kalau suami akak, ckp je nk mkn apa masa ngidam, sanggup tgh2 mlm p cari..masa tulh nk manje2 dgn suami....

    ttpkan mmg la masa pregnen je kita ngidam mcm2....

  7. tu la kejam kan.. tp kita tak tau apa yg sebenarnya terjadi. mana tau dia tengking2 somi dia ke? untung la el, kakngah dgn atiey tak ngidam.. maybe dh cukup zat le tuh ekekke..

    tgh time morning sickness kita takde byk chance utk makan. tu yg tetiba tingin nak sesuatu makanan tu

  8. Cik Mai says:

    cik mai dulu da nak bersalin ngidam mkn buah rambai..susah nk dpt lak tue..meleleh air liur bebe..huhu

  9. Jasman says:

    tak patot la sampai belasah bini tu...mungkin jgk bini tu mengidam lain mcm kot...tp laki tak ada otak..

  10. Terbelog says:

    apalah mangkuk sgt laki dia tu :0

  11. mamapp says:

    thanks azwana for reading :)
    dulu mama masa peknen asyik nak makan sundae chocolate ajer. tapi masa nak bersalin tak sempat nak merasa.. meleleh gak air liur syafi huhu. nasib baik skrg dah ok

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 370000 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..