Kenali Tanda-tanda Awal Barah


Salam semua.. sekarang ni penyakit cancer atau barah dh jadi cam penyakit biasa je kan. Ramai dikalangan kita yg menghidapi penyakit ni (termasuk le hubby aku).. sebenarnya semua org ada sel barah dalam badan mereka. cuma ianya tak aktif. Barah terjadi apabila sel yang terhasil secara tidak normal di dalam tubuh badan disebabkan oleh factor pencetus yg mungkin disebabkan oleh lifestyle. pemakanan, geografi ataupun factor keturunan pon ada gak.. ia menyebabkan menyebabkan sel tu multiply dengan aktifnya..
Selepas itu akan terbentuk satu gumpalan yang dipanggil tumor dan ia boleh membesar dan merebak ke bahagian tubuh yang lain jika tidak dirawat. Tumor sebenarnya mengganggu dan mencuri zat daripada sel lain sekali gus membahayakan nyawa. Melalui mikroskop tumor yang wujud dalam pelbagai saiz dapat dilihat meski dengan jelas. Tumor terbahagi kepada dua jenis iaitu benigna dan malignan. Bezanya ialah barah benigna tidak begitu bahaya (ketuat dan sista) malah ia tidak merebak. Sebaliknya pula malignan, ia merebak dan membesar sendiri sehingga menjadi barah. Sel barah akan merebak dari satu tisu ke tisu yang lain dengan membuat ‘laluan’ sendiri. Apabila sel semakin banyak, ia akan menggunakan saluran darah atau sistem limfa pula. Dalam pada itu, tanamkan sikap berhati-hati kerana barah juga boleh merebak dalam diam atau tanpa sebarang amaran. Kebanyakan kes juga menunjukkan penghidap tidak merasa sakit pada peringkat awal.
Sesiapa sahaja berisiko mengidap barah jadi bertemu doktor setelah mengesan amaran awal adalah jalan terbaik. Wanita pula harus mengambil inisiatif melakukan pemeriksaan payu dara sendiri pada setiap bulan. Namun harus diingat, barah tidak menjangkiti orang lain meski pun melalui pemindahan darah. Walau apapun barah ni insya allah ada ubatnye. Kena yakin pada Allah.
Di sini terdapat 10 amaran awal kanser yang boleh dipantau oleh kita sendiri:
1 Perubahan dalam corak pembuangan air besar atau pun kecil yang tidak stabil dan ia berterusan selama dua sehingga tiga bulan.
2 Pendarahan luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian tubuh badan.
3 Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang serta diikuti dengan rasa sakit.
4 Sakit berterusan dan tidak merasa selesa pada bahagian abdomen.
5 Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.
6 Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser.
7 Keluar darah daripada bahagian hidung. Selain itu, telinga juga terdengar bunyi yang tidak menyelesakan.
8 Perut terasa senak dan mengalami kesukaran untuk menelan.
9 Suara menjadi serak dan batuk tidak berhenti melebihi dua minggu.
10 Badan berasa amat letih malah berat badan juga menurun secara mendadak dalam jangka masa tiga sehingga enam bulan.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. info yang berguna.thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. ramai yg mungkin perasan pada tanda2 ni adda tp mungkin tak ramai yg berani tampil untuk pemeriksaan...

    ko tulis pulak apa yg perlu buat bila rasa kita ada tanda2 mcm ko sebut kat atas tu..

    ReplyDelete
  3. thx for sharing adda. artikel yg pendek tp senang nk ingat. tak payah panjang meleret2 akhirnya nnti tak igt apa pun

    ReplyDelete
  4. takut lor..mitak2 dijauhkan...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....
    mintak kebenaran nak share ngan orang lain :D

    Btw, yang masalah pembuangan tu memang betul.
    Selalu kalo jupe orang sakit, mesti ada masalah sembelit.
    Pernah dengar pesakit kanser buang air besar 1-2 kali je sebulan

    boleh tgk kat sini ciri2 najis orang sihat
    http://ohno83.blogspot.com/2010/08/sembelit.html

    ReplyDelete
  6. Semoga bermanfaat utk kita semua.. Pasal najis tu mmg betul. X semestinya sembelit, kalau selalu cirit pn berkemungkinan juga.. Ita, aku tgh mengarang ttg apa yg ko mintak tu. Dh panjang berjela plakk huhuu..

    ReplyDelete
  7. tq sharing info sgt bermanafaat untuk semua
    kita patut peka tanda2 kan badan bertindak awal sebelum lewat...

    ReplyDelete
  8. barah is scary disease ever! huhu

    ReplyDelete
  9. mantavvvvvvvv infonya. i like this.....


    cukup membantu. thanks sebelumnya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post