Saturday, July 30, 2011

Ada ada dengan minyak wangi?

Aku nak share pasal minyak wangi ni. mungkin ramai yg dah tau ttg minyak wangi ni.. tapi aku nk tepek gak kt sini.. 

saje tepek perfume yg aku dpt masa hantaran kawen dulu,,


Jenis-jenis Minyak Wangi
Terdapat pelbagai jenama minyak wangi dan jenis di pasaran. Beberapa jenis minyak wangi yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda. Antara jenis minyak wangi ialah:

Eau de Toilette (EDT)
Kandungan minyak wangi antara 8-10% dan tidak tahan terlalu lama. Harumannya tidak sehebat EDP atau parfum. Ia boleh digunakan dalam kadar yang banyak dan mudah dibawa.

Parfum/Attar
Ia mengandungi kepekatan minyak wangian antara 20-50% membuatkan ia tahan lebih lama.

Eau de Perfume (EDP)
Kandungan minyak wangian antara 10-15%. Ia jenis wangian yang paling popular kerana harga lebih murah daripada parfum.

Cologne
Mengandungi pati minyak wangi yang paling sedikit iaitu 5% sahaja. Ia juga wangian yang paling kurang kepekatan dan lebih murah.


Tip Memilih Minyak Wangi:
 Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, serburkan haruman itu pada kertas atau pergelangan tangan.
 untuk mendapatkan keserasian bau, biarkan beberapa minit bagi mendapatkan bau yang sebenar.
 Semburkan wangian di pergelangan tangan, bahagian denyutan nadi atau leher untuk memastikan haruman tahan lama. Jangan sesekali menyembur minyak wangi di pakaian anda.
 Setiap haruman yang dipakai bergantung kepada factor biologi dan hormon dalam badan seseorang itu.
 masalah kegatalan atau kulit berwarna merah menandakan minyak wangi tersebut tidak sesuai dengan anda.
 Kebanyakan minyak wangi berkekalan sehingga 4-5 jam sahaja bergantung kepada jenis kulit anda.



Tips Membeli Minyak Wangi:

Keadaan Iklim
Apabila musim panas, amat digalakkan menggunakan wangian yang lembut. Ini kerana kulit yang berpeluh akan menajamkan lagi bau wangian tersebut.

Usia
Bagi anda yang berusia, biasanya mempunyai kulit kering dan menyebabkan wangian akan menyerap ke dalam kulit. Wangian yang lebih tajam amat sesuai untuk dipakai.

Waktu Membeli
Waktu yang sesuai untuk membeli adalah pada waktu siang. Ini kerana hidung lebih sensitif dan peka pada siang hari. Jangan membeli minyak wangi selepas menghidu bau bawang putih atau menghidu wangian lebih daripada
tiga. Ini kerana bau yang masuk ke dalam hidung berbeza dengan bauan sebenar.
Tekanan
Jangan membeli minyak wangi dalam keadaan tertekan atau terpaksa kerana pengaliran darah dalam badan lebih laju dan boleh mengubah selera anda


4 Responses so far.

  1. asnizaziz says:

    wahh minyak wangi..patutla harum je entry ni..hehe :D

  2. Puan Kutu says:

    nama pun minyak wangi,mesti wangi kan..tp maksud wangi tu setiap org berbeza2 kan..

  3. mulut orang berpuasa seharum kasturi hehehehe... jadi jangan lupa bangun sahur ye, banyak kelibihan bersahur ni. selamat berpuasa

  4. hanie ni spesis xminat minyak wangi ... yg kakak hadiahkn bertahun2 dulu pun ada yg xhabis2 lg .. tihihih :p so mmg xbeli minyak wangi kecuali klu tetiba teringin le pulok .. :p

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 370000 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..