Friday, July 29, 2011

9 Tip Melegakan Rasa Sakit PMS

PMS atau sindrom pra haid berpunca daripada otot-otot uterus yang mengejang semasa menstruasi berlaku. Walaupun faktor-faktor fizikal memainkan peranan utama yang menyebabkan PMS, tetapi masih terdapat 
beberapa langkah rawatan yang boleh diambil untuk melegakan rasa sakit dan ketidakselesaannya.

gambo ihsan google



Berikut adalah antara tip-tip yang boleh diikuti untuk menghentikan PMS:

Ambillah ubat pelega kesakitan. Ia biasanya mengambil masa untuk menunjukkan kesannya, justeru, pastikan anda berehat dengan secukupnya. Pastikan juga anda hanya mengambil ubat yang bertindak untuk menghentikan kekejangan dan rasa sakit. untuk kepastian, dapatkan nasihat doktor.
Elakkan pengambilan ubat pelega kesakitan jika perut anda kosong.
Pastikan badan anda panas iaitu dengan mandi air panas ataupun menekap perut dengan tuala yang telah dicelup ke dalam air panas. Ia membantu merehatkan otot-otot yang kejang.
Tingkatkan pengambilan air untuk menambah kandungan cecair dalam badan. Elakkan kopi dan soda kerana ia boleh mengakibatkan masalah kembung yang memburukkan lagi keadaan.
Bersenamlah semasa haid kerana ia merupakan langkah terbaik melegakan kesakitan. Gerakkan kaki sekerap yang mungkin (bukan dengan cara memaksa).
Herba mempunyai kesan anti pasmodik kepada tubuh. Oleh itu, herba-herba seperti Viburnum dan Scutellaria boleh juga diamalkan.
Teh juga boleh mengurangkan kesakitan. Air teh madu, contohnya, membantu menenangkan saraf-saraf dan melegakan kesakitan.
Pengambilan suplemen seperti kalsium, zink dan vitamin mampu mengurangkan kekejangan, kembung dan simptom-simptom PMS yang lain.
Pastikan anda tidur dengan nyenyak dan cukup.


8 Responses so far.

  1. PMS suka menyerang saya.. Dia suke kat saya kot

  2. i dah biasa... tapi yang teh tu tak pernah cuba... wanna try lah one day .. btw thanks for the info

  3. tkpe ke ambik ubat tahan sakit selalu??tak digalakkan sangat kan

  4. Puan Kutu says:

    dah lama tak kena pms..:)

  5. cpahniza says:

    nasib baek sy xsakit smpai guling2...

  6. sy kalau minum teh lg teruk..uhuk! cuma tuam2 dgn bnde panas je..

  7. Adik saya pon ada PMS sampai pengsan-pengsan huhu..sian...
    tapi sekarang Alhamdulillah dah ok =) tapi kena cek kan?kalo teruk sangat takut ade Cyst ke ape

    http://butikgebugebu.blogspot.com/

  8. mamapp says:

    uish.. teruk tu sampai pengsan2 baik check doktor. kalau boleh elakkan pil tahan sakit. takut nanti effect kalau makan pil2 ni. sebolehnye biarlah kita tangani secara tradisional dulu

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors