Saturday, May 21, 2011

Enam Ciri-Ciri Utama Isteri Solehah

Gambo kat atas ni diambil dari google J. Tapi sebelum tu aku nak share sket apa yg aku dapat dari mendengar ceramah Ustaz kazim beberapa minggu lepas.. kata2 seperti dlm gambo tu ramai yg buat org salah faham.. sebenarnye maksud kata2 tu adalah kebanyakan org mencari pasangan menggunakan keempat2 kriteria tu..

Tp dalam islam sebaik2 cara mencari pasangan adalah yang mempunyai 2 perkara ini.. SATU, adalah mencari org yang beriman.. KEDUA, mencari orang yang berakhlak.. insya allah rumahtangga akan bahagia.. itu saje ye..

Artikel kat bawah ni amat menarik pada aku. Ini diambil dr taboid IluvIslam.. Ye la kita sebagai hamba Allah yg lemah mesti kena sentiasa improve diri sendiri kan.. Jom kita baca sama2 jom..

1 ADA CIRI-CIRI KESELARIAN DENGAN SUAMI.
Sebagai isteri hendaklah dia melahirkan ciri-ciri keselarian dengan suami. Isteri hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa dan menjadi pendorong serta pembantu perjuangan suami,bukannya penghalang.

2 MENJADI TEMAN ATAU PENGHIBUR SUAMI
Isteri hendaklah menjadi teman bercakap dengan melayan fikiran suami.Iaitu dengan menumpukan sepenuh perhatian apabila suami bercerita.Sikap acuh tak acuh akan mengakibatkan perasaan suami tersinggung dan hilang minat untuk bercakap-cakap lagi.Sekiranya berterusan si suami akan dihinggapi penyakit suka mengelamun sendirian di  rumah.Akibatnya bukan suami saja yang menderita malahan isteri juga akan menanggung seksa batin.

3 PANDAI MENGAMBIL HATI SUAMI
Isteri hendaklah mengucapkan perkataan-perkataan yang menyenangkan suami.Elakkan dari berkata-kata hal yang tidak di sukai suami.Elakkan daripada merungut-rungut tentang kesusahan dan keperluan hidup.Lelaki akan menderita sekali kalau orang di bawah tanggungjawabnya menderita. .Jangan diapi-apikan apabila suami dalam keadaan  marah.Banyakkan sebut kalimah Allah kerana kata-kata itu akan melunakkan hati suami.

4 MENJADI PELAYAN KEPADA SUAMI
Kalau suami dilayan dengan baik,jiwanya akan hidup dan akan menjadi pejuang yang hebat.Kalau tidak dilayan,suami akan merasa hampa dan mati jiwanya. Isteri -isteri yang cerdik akan memahami seni melayan suami.

5 MEMAHAMI SELERA SUAMI
Pelajarilah dan fahamilah selera suami.Walaupun bukan hukum fardu ke atas isteri ,tetapi kerelaanya menjalankan tugas itu menjadi lambang keluhuran jiwa. Suami akan merasa senang dan gembira sekiranya dilayan makan minum mengikut selera yang digemarinya.

6 SEDIA BERKHIDMAT UNTUK SUAMI
Isteri yang solehah sedia berbuat apa sahaja untuk suami.Iaitu melayan tabi’i dan tuntutan semulajadi suami. Jimak hanya sebahagian dari sudut tuntutan tabi’i.Isteri hendaklah sentiasa berhias diri,sesuai cara bersolek dan pakaiannya,dan berwangi-wangian di samping suami.

2 Responses so far.

  1. 3DDiE® says:

    ermm...leh wat panduan nie...tuk cari calon...nnt leh praktis dulu la kan...hahaha

  2. Ayie Abas says:

    AYIE MEMANG SUKA BACA ENTRY2 YG BERBENTUK TIPS @ PETUA...DPT JUGA TAMBAH ILMU & MAKLUMAT...^_^

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors