Adab ziarah kubur - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Sunday, May 15, 2011

Adab ziarah kubur


gambo googled

Dalam Islam, seluruh aspek kehidupan sudah mempunyai panduan masing-masing, termasuk menziarah kubur.
Awalnya, Islam melarang perbuatan ini sehinggalah Nabi s.a.w mengizinkannya kembali.

Diriwayatkan dari Buraidah, Nabi s.a.w bersabda, “Dahulu saya melarang kalian menziarahi perkuburan, namun (sekarang) ziarahilah tanah perkuburan kerana ia boleh mengingatkan kita tentang akhirat.” (Riwayat Muslim).

Tidak mengkhususkan waktu tertentu.
Ziarah kubur tidak mengenal waktu  khusus dan tertentu. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tanpa ada sebarang perbezaan dan keutamaan di dalamnya, sebagaimana perbuatan sebahagian orang yang menziarahi kubur pada hari Jumaat atau hari raya.

Mendoakan mereka. 
 Setiap Muslim disunnahkan membaca doa ketika melewati atau memasuki suatu perkuburan. Memohonkan bagi mereka Rahmat dan maghfirah (pengampunan). Di antara doanya yang bermaksud:
“Segala keselamatan (semoga tercurah) kepada para penghuni kubur, iaitu orang-orang Mukmin dan Muslim, dan semoga Allah merahmati orang-orang yang telah mendahului kami. InsyaAllah kami pun akan menyusul mereka.”


Tidak mencela jenazah. 
Tidak sepatutnya seseorang itu mencela mayat seorang Muslim yang telah meninggal dunia. 

Sabda Nabi,
“Janganlah kalian mencela mayat-mayat itu. Sesungguhnya mereka itu telah mendapatkan ganjaran dari apa yang mereka usahakan dahulu” (Riwayat al-Bukhari)

Mengambil pengajaran dari orang yang telah meninggal dunia.
Hikmah terbesar dari ziarah kubur adalah mengingatkan manusia akan hakikat kehidupan ini. Adanya fasa kematian sebagai pintu gerbang menuju kehidupan hakiki. Menjadikan hati lunak dan bersih kembali. Nabi bersabda,“…Ziarahilah kuburan sesungguhnya  terdapat ibrah (pengajaran) daripadanya.”

Dalam riwayat Anas bin Malik dikatakan,
“… Sesungguhnya ia boleh melunakkan hati, mencucurkan air mata, serta mengingatkan kalian akan Hari Akhirat (Kematian)…” Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi.

Hentikan ghuluw (berlebih-lebihan) ketika berada di kuburan.
Di antara bentuk ghuluw kaum terdahulu adalah menjadikan kuburan orang-orang saleh di antara mereka sebagai penyembahan. Kepadanya mereka berdoa, memohon bantuan, serta mengharapkan berkah dan keselamatan. Hakikatnya semua perbuatan ini perlu dihindari. Nabi s.a.w pernah berdoa,  

“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kuburan saya ini sebagai berhala yang disembah nantinya.” (Kitab al-Muwattha ‘Imam Malik).

Tidak menjadikan kuburan sebagai masjid.
Adalah tidak wajah seorang muslim itu menjadikan kuburan itu sebagai tempat solat. Sebagaimana ia juga tidak boleh mendirikan masjid di lokasi kuburan. Rasulullah pernah bersabda,

“ Sesungguhnya manusia yang paling buruk adalah mereka yang masih hidup ketika Hari Kiamat tiba dan orang-orang yang menjadikan perkuburan itu sebagai masjid. “ (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan at-Thabrani.

8 comments:

  1. nice sharing utk peringatan...TQ...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian yang bagus. ya, sedar tak sedar, memang kita ke kubur khusus pada hari raya sahaja. :(

    ReplyDelete
  3. semoga menjdi pnduan kita sume..

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana berkongsi..

    ReplyDelete
  5. sedikit sebanyak membantu sy, ada kalanya kita terlupa

    ReplyDelete

Words of wisdom