8 Tip Latihan Praktikal Berkesan - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Leaderboard

Monday, May 9, 2011

8 Tip Latihan Praktikal Berkesan

Tips ini aku cedok dari majalah.... memandangkan ramai adik2 kita yg tgh praktikal terasuklah diea bezbuddy, maka marilah kita kongsikan tips ini.. mmg ada kebenarannya berdasarkan pengalaman aku yg penah praktikal lebih kurang 7 tahun lalu ahaks.. tuanya diriku ini.. jom baca
gambo googled

1 Fahami ciri-ciri pekerja yang dicari oleh organisasi
Organisasi pekerjaan pastinya akan ‘tertambat’ hati dengan pelajar praktikal yang bermotivasi dan mempamerkan sikap ‘go-getter’. Perlu diingat majikan biasanya mahukan pelajar praktikal yang mengamalkan etika pekerjaan yang baik, cepat belajar dan faham serta boleh bekerja dengan pengawasan minimum dan boleh bekerjasama dalam suasana kerja berpasukan. Bukan sebagai ‘penumpang percuma’ yang melambatkan hasil pekerjaan. 

Kebanyakan Jabatan Sumber Manusia melaporkan bahawa adalah lebih mudah mengambil pekerja sepenuh masanya dari kalangan pelajar praktikal yang berjaya mempamerkan kemahiran kerja yang baik semasa menjalani latihan dahulu. Ia mampu menjimatkan kos latihan kerana pelajar itu sudah terlatih dan telah pun menerima pendedahan awal mengenai kehendak kerjaya..

2 Anggap latihan praktikal sebagai kerjaya sebenar
Kikis tanggapan, “Ala...praktikal aja, suka-suka bukan ada gaji pun”. Sekiranya anda mempunyai persepsi begini anda sebenarnya telah merosakkan peluang untuk meraih ilmu dan mempelajari kemahiran baru di tempat latihan.Anda juga sedang mengecilkan potensi untuk diambil sebagai pekerja. Tunjukkan anda seorang yang berdispilin, menepati masa dan ‘deadline’ dan menghormati peraturan syarikat. 

3 Bersikap ramah dan sedia bertegur dengan semua kakitangan yang ditemui
Kejayaan sebuah hubungan kerja banyak bergantung pada kemahiran komunikasi yang baik seiring dengan sikap kerja yang positif. Penyelia dan rakan sekerja dipertanggungjawabkan kadang kala terlalu sibuk menyiapkan projek dan ‘deadline’ yang perlu dikejar hingga kehadiran anda mungkin kurang diberi perhatian. Mereka juga mungkin tiada masa untuk membimbing atau memanfaatkan khidmat dan peranan anda disebabkan kesibukan masing-masing. 

Jadi pastikan anda mengambil inisiatif untuk memperkenalkan diri dan tonjolkan sikap ramah kepada sesiapa yang ditemui sama ada daripada peringkat bawahan hinggalah kepada CEO. Sikap pemalu tidak bertempat perlu dikikis , jangan sampai kehadiran anda tidak disedari pula. Bukankah senyum itu adalah sedekah di sisi Islam?

4 Jangan merungut dengan tugas remeh yang diberikan.
Jika anda diberi tugas menyelaras fail, mencatat rekod, mengambil minit atau kerja-kerja pentadbiran, jangan merungut dan harus berdepan dengan realiti budaya kerja. Bersikap positif dan anggap ia salah satu kemahiran kerjaya. Buktikan anda boleh melakukan tugas itu dengan lebih baik dan teratur berbanding pekerja tetap yang bertanggungjawab melaksanakan tugas itu sebelum ini. Malah anda juga boleh mencadangkan idea-idea baru untuk menambah baik kerja-kerja tersebut. Siapa tahu idea anda itu bakal mengubah cara mereka bekerja? Jadi, berusaha bersikap ikhlas dan tunjukkan kecemerlangan dan kecekapan anda. Ini dapat membuka dan menarik perhatian penyelia untuk menyerahkan tanggungjawab yang lebih besar lagi.

5 Lupakan ‘facebook’,’ twitter’ atau ‘blogging’
Walaupun anda adalah dari generasi celik IT, elakkan merewang atau bergayut di alam maya ketika waktu pekerjaan, ia sama ibaratnya dengan tabiat suka bergayut di talian telefon bimbit lebih-lebih lagi lah menggunakan kemudahan pejabat. Mengatur temu janji hujung minggu di telefon bimbit pastinya mewujudkan tanggapan negatif pada penyelia dan kaki tangan Walaupun pada anda ia tidak mengganggu kerja anda tapi bagi penyelia ia boleh menjejaskan penilaian prestasi kerja apabila tamat latihan nanti.

6 Berpakaian kemas mengikut etika yang ditetapkan
Kiranya latihan amali dan industri anda banyak membabitkan interaksi dengan pelanggan atau ‘client’ amalan etika pakaian yang rapi dan sesuai perlu diberi perhatian. Bergantung pada tuntutan ,kesesuaian dan fungsi kerja anda, berikan lah imej yang menunjukkan anda serius dan prihatin dengan imej diri dan syarikat.

7 Rajin bertanya dan cari mentor
Ambil kesempatan untuk bertanya apa yang tidak difahami, anda pelajar,inilah masa untuk belajar. Kebanyakan majikan percaya pelajar yang rajin bertanya sangat berminat dan bermovitasi serta benar-benar ingin belajar apa sahaja mengenai kerja dan organisasi Usahakan mengenali dan mencari mentor yang anda kagumi dan wujudkan hubungan kerja yang mesra dan mantap dengannya.Mentor yang baik biasanya sedia berkongsi ilmu dan kepakaran dengan anak didiknya dan ingin lihat kamu berjaya dalam lapangan ini. Ia mungkin bos anda dan mungkin juga dari kalangan penyelia lain.

8 Susulan selepas kerjaya

Apabila anda latihan amali dan industri anda telah menghampiri pengakhirnya, jangan lupa memohon surat sokongan ‘recommendation’ daripada penyelia. Sentiasa berhubung bekas penyelia supaya anda boleh menghubunginya balik apabila anda memerlukan rujukan dalam ‘resume’ anda nanti . Tindakan ini juga akan menyebabkan ingatannya terhadap anda tidak luput kiranya ada ruang
di organisasi berkenaan.

12 comments:

  1. wah..info yang bagus tu..adda, boleh tak shila copy n bagi kat budak2 praktikal kat tempat shila keje ni...

    ReplyDelete
  2. sngt suka tips ni 7..kih kih..:D

    ReplyDelete
  3. yg no 5 tu boleh buat ke?...hihi...

    ReplyDelete
  4. wahh..nice info,,nk kje,,nk kje..hehe..kn best dpt manager sporting..kui3..=p

    ReplyDelete
  5. 8 ja.....nk lg....haqhaqhaq...

    ReplyDelete
  6. hehe...tq akak..xsangka ade nama sy plak..tq sgt2..leh praktikkan pasni..tq so much :D

    ReplyDelete
  7. nasib ko tak tambah satu lagi....hehe... mencari pasangan hidup sesuai... hahaha... selalu tau memula praktikal pastu sangkut lak...

    ReplyDelete
  8. waktu praktikal ini kerja mesti berhati2,maklumlah masih tak ada perlindungan insurance dan Perkeso,
    yg penting selalu ikut supervisor.

    ReplyDelete
  9. HA HA HA.... KELAKAR LA GAMBAR KATUN KUCING TU...

    ReplyDelete
  10. infonya bagus, bermanfaat banget....

    ReplyDelete
  11. The cats, that's me before and after 11 hours work at my office..

    ReplyDelete
  12. bgus info tu...i'allah sya dpt guna time prktikal nanti...tp skrg sya tgh cri tmpat praktikal kos pembangunan sumber manusia..ada sape2 blh bgi sugest x kt mana tmpt prktikal yg ok...emel kt sya: faramaifa@yahoo.com

    ReplyDelete

Words of wisdom