Kuku - Petunjuk yang tidak boleh dipandang remeh

Kuku - Petunjuk yang tidak boleh dipandang remeh. Kuku jari dan kuku kaki melindungi tisu-tisu pada jari tangan dan jari kaki. Kuku ini dihasilkan daripada lapisan-lapisan proten keras yang dikenali sebagai keratin. Keratin juga turut terdapat pada rambut dan kulit. Kesihatan kuku boleh menjadi petunjuk kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan. Ia boleh menjadi `cermin ajaib’ untuk petunjuk kesihatan diri anda. Kuku yang sihat selalunya licin dan konsisten warnanya. Sebarang jenis perubahan warna yang spesifik dan perubahan dalam kadar pertumbuhan kuku boleh menandakan pelbagai masalah kesihatan. Kuku - Petunjuk yang tidak boleh dipandang remeh.






Jika anda perhatikan kuku, sudah pasti anda akan perasan perbezaan tidak ketara dalam bentuk atau warnanya. Kecelaan ini mungkin bukan perkara yang merisaukan, tetapi elok jugalah anda mengambil berat kerana ia berkemungkinan memberi petunjuk kepada kesihatan diri secara keseluruhannya.

10 tanda-tanda pada kuku yang berkemungkinan menunjukkan masalah kesihatan yang serius.

Berikut adalah 10 tanda-tanda pada kuku yang berkemungkinan menunjukkan masalah kesihatan yang serius.





1 Kuku berwarna putih: Penyakit hati seperti hepatitis.
2 Kuku kekuningan, tebal dan tumbuh dengan perlahan: Penyakit paru-paru seperti emfisema.
3 Kuku kekuningan dengan sedikit merah pada dasarnya : Diabetes.
4 Kuku berwarna separuh putih dan separuh merah jambu : Penyakit buah pinggang.
5 Dasar kuku (nail beds) berwarna merah: Penyakit jantung.
6 Dasar kuku pucat atau berwarna putih: Anemia.
7 Permukaan kuku berlekuk: Psoriasis atau keradangan arthritis.
8 Clubbing – penebalan tisu-tisu pada dasar kuku: Penyakit paru-paru.

9 Garisan merah tidak sekata pada dasar lipatan kuku (nail fold): Lupus atau penyakit tisu penyambung.


10 Garisan hitam di bawah kuku : Melanoma.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. oooo dgn kuku pon leh tgk penyakit kan.hmm gud2.

    ReplyDelete
  2. uish kuku lekuk tengah tuu x pernah nampak lah dik ...

    ReplyDelete
  3. hurm tk de pulak apa2 yg sama dgn senarai dia atas

    ReplyDelete
  4. tq for this info! ;) penat dah dok tgk kuku nih..

    ReplyDelete
  5. hmmm baru tahu..terima kasih sudi kongsi... =)

    ReplyDelete
  6. hurm ada plak tanda penyakit dikuku ya.....takot....

    ReplyDelete
  7. Baca sambil check kuku sendiri...tima kasih kongsi info.

    ReplyDelete
  8. wah info menarik mama.. bru tau ni...:)

    ReplyDelete
  9. sebenarnye kalau u ol rajin cuba google satu persatu tanda2 tu, mmg ngeri la tgk kemungkinan sakit nyer.. semoga kita sema sihat2 belaka. aminn

    ReplyDelete
  10. info yg berguna ni.tq ye mama, takut lak nak tengok kuku sendiri. hrp tak ada apa2 masalah...

    ReplyDelete
  11. oo. baru tahu..
    tq for the info..

    ReplyDelete
  12. hopefully kita semua mempunyai kuku yg sihat. aminn

    ReplyDelete
  13. Info amat berguna. even dekat hospital pun, sesetengah doctor akan tgk kuku patient nak tgk cukup zat tak..hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post