Saturday, March 19, 2011

Ketahui pemakanan mesra warga emas



Jom baca artikel ni. bagus utk pengetahun dan boleh gak apply utk mak ayah kita. nanti bila kita dah jd warga emas bolehlah cuba tips ini kan..

Warga emas (berusia 50 ke atas) memerlukan pemakanan khusus yang penuh khasiat kerana faktor penuaan boleh mempengaruhi proses penyerapan, penggunaan dan perkumuhan.

Warga emas terutamanya lelaki perlu mendapatkan makanan yang mengandungi lebih serat yang lazimnya terdapat dalam tumbuhan seperti buah, sayur, kacang dan bijirin. Serat dapat membantu melembutkan najis dan mengelakkan sembelit. Selain itu, serat juga membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Warga emas turut dinasihatkan untuk mengambil vitamin mencukupi mengikut saranan pakar kesihatan. Kekurangan vitamin dan mineral dalam badan boleh mendedahkan golongan ini untuk mendapat penyakit anemia dan penyakit berkaitan tulang.

Vitamin A misalnya, dapat membantu golongan warga emas untuk membolehkan sistem imunisasi tubuh mereka berfungsi dengan baik. Makanan yang mengandungi vitamin A ialah hati ayam, telur, susu penuh krim, ikan kembung dan ikan bawal hitam. Kekurangan vitamin A dalam tubuh akan menyebabkan seseorang itu mendapat kesan buruk seperti rabun malam, kulit kering dan kasar, kelemahan sistem imunisasi (daya ketahanan tubuh melawan penyakit) dan kekeringan pada mata. Kita selalu mendengar warga emas mengalami penyakit yang disebutkan di atas tadi. Justeru dapatkanlah makanan yang menjadi sumber vitamin A supaya tidak mendapat penyakit tersebut.

Vitamin C juga membantu tubuh menentang jangkitan penyakit. Sumber vitamin C ialah betik, jambu batu, oren, mangga, tomato, belimbing dan ulam seperti petai. Lelaki dalam kumpulan usia ini disarankan mengambil 70mg vitamin C sehari. Golongan ini juga disyorkan mengambil makanan mengikut keperluan tubuh supaya berat badan tidak meningkat dari sehari ke sehari. Peningkatan berat badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan apatah lagi untuk warga emas.

Pengambilan makanan yang mempunyai sumber asid folik boleh membantu warga emas mengekalkan mood baik kerana makanan ini turut menghasilkan dan memelihara sel baru dalam tubuh. Antara makanan yang ada asid folik termasuk sawi, kacang merah panggang, kacang pis hijau, kacang panjang, telur dan daging lembu tanpa lemak. Kekurangan asid folik secara teruk boleh menyebabkan kecelaruan fikiran dan kemurungan. Malah mungkin juga boleh sukar memberi tumpuan dan meluahkan nafas yang pendek-pendek.

Warga emas juga disarankan minum air secukupnya. Warga emas dilihat kurang minum kerana mereka kurang berasa dahaga. Air membantu tubuh seseorang itu berfungsi dengan lebih baik. Justeru, jika tidak minum air masak dengan cukup, tubuh tidak mampu berfungsi sebaiknya. Air juga berfungsi untuk mengawal suhu badan. Warga emas disarankan minum air sebanyak 1.5 liter hingga 2 liter sehari.

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 370000 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..