Cabaran kanak-kanak zaman sekarang


Cabaran kanak-kanak zaman sekarang berbeza dengan dahulu. Jika dahulu, seawal usia enam tahun, anak perempuan diajar ke dapur untuk memasak dan mengemas rumah. Sering kali ibu panggil nama anaknya untuk ‘temankan’ di dapur. Paling tidak pun, si anak diajar untuk menjaga adik kecil. Tidak hairanlah jika anak zaman dulu lekas matang dalam menguruskan rumah tangga. Ada juga seawall usia belasan tahun sudah dilamar orang. Tapi kebanyakan anak zaman moden kurang meminati kerja-kerja di rumah. Apatah lagi, ada ibu bapa yang bekerja pulang bersama makanan yang siap dibeli dari restoran atau gerai berhampiran.

Dalam diam-diam, anak berkorban masa bersama orang tersayang yang keluar rumah demi mencari rezeki. Anak di rumah hanya bertemankan pembantu atau penjaganya yang di bayar setiap bulan. Untuk menghilangkan rasa bosan, meja komputer atau televisyen menjadi peneman sepanjang hari.

Benarkah ibu bapa bekerja, anak terabai? Kebanyakan kanak-kanak lebih suka ibunya duduk di rumah daripada bekerja. Mereka berasakan hidup lebih teratur dengan adanya pengurusan ibu di rumah. Waktu makan, bermain, belajar dan tidur ditentukan dengan suara ibu. Malah anak berasa selamat apabila ibunya ada di sisi. “Saya tak kisah ibu saya marah, pukul atau membebel. Dia tetap ibu saya,” itulah luahan anak yang tahu ibunya menyayanginya tanpa sempadan. Namun bagi mereka yang berasakan dirinya disisih kerana kurang perhatian selalunya mencebik, “Peduli apa. Esok saya dah besar, saya tak nak duduk dengan ibu bapa saya.”

Fenomena anak membesar dengan pembawaan sikap yang dibentuk melalui persekitaran. Tidak hairanlah jika ada pepatah menyebut, ‘bapa borek, anak rintik’ atau ‘di mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi.” Ibu bapa sebagai idola. Sebaik sahaja lahir anak ke dunia dan celik mata, ibu bapa adalah orang yang sentiasa ada di sisi sama ada siang dan malam. Sebagai ibu bapa, sama ada prihatin atau tidak kepada zuriat yang dikurniakan Ilahi, masing-masing sudah ada bahagiannya. Pepatah menyebut, ‘bersusahsusah dahulu, bersenang-senang kemudian’ adalah amat sesuai digunakan untuk ibu bapa dalam mendidik anak.

Anak yang baru dilahirkan seperti kain putih dan ibu bapa yang mencorakkannya. Jika halus dan elok corak yang digarapkan pada kain, maka cantiklah hasilnya. Begitu juga anak yang dapat dididik dengan baik bakal menjadi manusia berguna. Apatah lagi doa seorang ibu itu mudah makbul. Maka selalulah doakan kebaikan anak daripada setiap segi kehidupannya. Pengorbanan seorang ibu dihargai di sisi Islam. Malah seorang bapa yang bertanggungjawab menjadi tonggak kekuatan keluarga.

Abu Hurairah r.a. berkata, seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW sambil berkata, maksudnya: “Siapakah selayaknya mendapat persahabatan yang lebih baik daripadaku? Jawab baginda: Ibumu. Dia bertanya lagi: Setelah itu siapa? Jawab baginda: Ibumu. Dia bertanya lagi: Setelah itu siapa? Jawab baginda:
Kemudian ayahmu.” – Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Namun jika tanggungjawab sebagai ibu bapa tidak dapat dilaksanakan dengan baik, maka anak menagih waktu apabila membesar. Ibu bapa menjadi semakin risau apabila anak tidak ada depan mata. Jam 7 malam, anak belum memunculkan diri untuk bersedia solat maghrib. Jam 10 malam masih belum nampak kelibatnya untuk makan malam bersama, jam 12 malam, pintu masih sepi dengan ketukan. Perasaan risau yang suatu ketika dahulu anak alami kini dirasai oleh ibu bapa yang meniti usia emas dalam menanti kepulangannya. Suka atau tidak, muhasabah diri dapat mempertingkatkan jati diri sebagai ibu, bapa mahupun anak sebagai sebuah keluarga yang penuh kasih sayang.

Hubungan kekeluargaan bertambah mulia jika dihiasi dengan keimanan. Aktiviti solat berjemaah, makan semeja, keluar bersantai bersama dapat merapatkan hati-hati yang sentiasa perlukan kasih sayang. ‘Akhlak bermula dari rumah’ menjadi satu kebenaran jika ibu bapa dapat memainkan peranannya yang baik dalam mendidik anak.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. memang betulkan besarnya cabaran membesarkan anak2 zaman sekarang...sekali pk rasa nak je duduk kat kampung terpencil

    ReplyDelete
  2. anak2 sekarang... memang tak sama dengan zaman kita dulu2... walaupun kecik lagik dah terasa betapa sukarnya mendidik andai ilmu tak cukup...isk3

    ReplyDelete
  3. ditambah pulak dengan suasane persekitaran....yang mkin teghuk dan mencabo ni.....lagi le anak2 cepat jauhnye daghi mak bapak.....

    ReplyDelete
  4. dulu lain skunk lain...hmm makin maju makin risaw dan banyak cabarannye..huhu

    ReplyDelete
  5. mmg betul, byk cabaran MINDA nak besarkan anak anak zaman skang. Duit pun nak kena pakai banyak.Saya yg jaga anak anak sendiri kena byk sabar dgn karenah anak anak.

    ReplyDelete
  6. nak membahagikan masa untuk bersama anak memang mencabar..macam aku ni keluar kerja lepas solat subuh, anak tido lagi..balik kerja dah jam 9 malam lebih, ada la beberapa jam je lagi masa untuk melayan karenah anak..tapi kalo cuti, memang aku pergunakan 24 jam untuk anak je..
    sekurang kurangnya dia tau papa dia ni tak mengabaikan..

    ReplyDelete
  7. mmng trlalu bnyak cabarn mndidik anak zman skrang....minda mreka lebih kreatif...nmun kdng2 mreka lebih suka dngn dunia kaku dan beku (tv, intrnet, psp dan sbagainya)ibu bapa mmainkan peranan pnting..

    ReplyDelete
  8. ye..kekadang tu dah masuk umur 17thn pun tak tau memasak (sepupu aku tuh!!..kutuk dia plak)..tapi itu realitinya..zaman aku dulu siap kena 'siang ikan' lagi tuh!!

    p/s: tapi kagum tgk siri junior masterchef australia (astro)..umur 6-8 thn dah pandai memasak...walaupun mungkin sedap or tak..tapi ada semangat n keinginan utk memasak....

    ReplyDelete
  9. btul lah adda.. mmg mencabar zaman skrg ni..

    dulu² kita sangat mendengar kata mak abah..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum

    Fikiran dan sikap berubah ikut keadaan semasa.iBu bapa dulu dan ibu bapa sekarang pun lain.Tak hairan lah kalau anak dulu dan anak zaman sekarang lain =)

    ReplyDelete
  11. peranan ibu bapa zaman sekarang pon makin mencabar

    ReplyDelete
  12. mmg betul apa yg u ol cakap. itulah cabaran kita mendidik anak2 zaman skrg. dgn masa yg limited, camne nak pastikan didikan yg diterima anak mencukupi. huhu seram sebenarnye bila baca artikel ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post