Awas makanan bergoreng

Beberapa tahun dahulu, kajian sains menunjukkan tukang masak yang biasa menggoreng makanan mudah menghidap kanser paru-paru dipercayai kerana terdedah kepada PAH yang terbebas daripada minyak masak yang digunakan. 

Mari kita lihat mengapa makanan bergoreng dipercayai memudaratkan kesihatan terutama jika diambil secara berpanjangan. Salah satu sebabnya ialah minyak yang dipanaskan membentuk lipid hydroperoxide iaitu boleh bertindak balas dengan molekul-molekul kimia dan membentuk radikal bebas di dalam tubuh.

Radikal bebas ialah sejenis bahan kimia yang menghasilkan tindak balas rantaian yang dikatakan berupaya  menyebabkan kerosakan sel termasuk DNA dan seterusnya boleh menyebabkan pembentukan kanser. Walaupun setiap jenis minyak sayur-sayuran memiliki bahan antioksidan semula jadi seperti vitamin E dan biofl avnoid, apabila dipanaskan ia akan teroksida dan mengubah sifatnya kepada lipid hydroperoxide. Jumlah minyak yang teroksida bergantung kepada suhu dan jangka masa yang digunakan.

Menggoreng makanan secara terendam lama pada suhu tinggi seperti menyediakan ayam goreng, pisang dan keledek goreng menyebabkan minyak masak yang digunakan bertukar struktur kimianya kepada sekumpulan bahan dikenali sebagai polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH). PAH dikenal pasti sebagai bahan penyebab pembentukan kanser.


Jom kita tgk kaedah menggoreng yg sihat bagaimana.

Kaedah Goreng Cara Sihat
1 Gunakan minyak masak yang sihat seperti minyak canola, minyak kacang ataupun minyak zaitun.

2 Goreng makanan dengan pantas pada suhu sederhana sehingga tinggi supaya makanan tersebut boleh masak dengan cepat dan sempurna.

3 Berhenti menggoreng sebelum minyak yang digunakan berasap. Pada waktu ini toksin dan karsinogen mula  terbentuk sekali gus memasuki makanan.

4 Elakkan daripada menggoreng makanan pada suhu yang terlalu tinggi kerana ia boleh menambahkan terlalu banyak lemak tidak sihat ke dalam makanan.

5 Jika betul dan tepat cara yang digunakan, rasa makanan dan nutriennya dapat dikekalkan walaupun digoreng dengan minyak yang sedikit.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. good info! :D plus, masukkan makanan yg nak digoreng tu slow2, slide je kat tepi kuali contohnya, utk elakkan oxygen masuk dalam minyak & menyebabkan minyak tak tahan lame & rosak ;)

    do visit my new entry ;)
    Week of Animal Rights!

    ReplyDelete
  2. owh cm 2 erk...slalu goreng lama2..huu

    thanks :)

    ReplyDelete
  3. pasni kena rebus semua makanan... baru selamat.. kan3!

    ReplyDelete
  4. hish!!!!bahayanya...camne la kalu kita asyik dok kt dapur n memasak utk family....

    ReplyDelete
  5. ada jer akak nie dikkk ... x kemana heheh

    good info dikk .. sibb baik akak memang pakai minyak canola tuu :)

    ReplyDelete
  6. ohh.. mekasih ye~~ memang sangat berguna,,

    ReplyDelete
  7. Semasa menjaga atuk dan nenek di hospital kerana kanser.... seorang doktor memberitahu saya bahawa dia pernah terdengar, mereka yang selalu makan sayuran dan buah yang menjalar lebih tinggi risiko menghidapi kanser... Apa pendapat tuan blog?

    ReplyDelete
  8. kakyong pernah bekerja di kilang memproses minyak masak.. minyak yg terhasil memang mengikut suhu tertentu... sebaiknya beli la minyak yg dlm botol bukan dlm bentuk packing.. sbb minyak yg dlm packing plastik @ repack adalah minyak gred 3..

    btw, tips ni memang bagus.. kalo buleh minyak2 menggoreng ni esp minyak goreng ikan.. harus 1 kali guna jer.. lepas tu terus buang.. jgn ulang2 guna sampai minyak hitam.. :p

    ReplyDelete
  9. info yang bagus...terima kasih..Omu memang xtau pun boleh jadi kanser bila menggoreng jer..

    ReplyDelete
  10. masa baca artikel ni pon mcam rasa tak caye ajer.. mmg selalu goreng menggoreng ni.. lepas ni kena tukar canola oil cam kak ieda. tp mahal rasanya kan..

    thanks ye kak yong sudi share pasal pengalaman keje kt tempet pengeluar minyak masak dulu..

    fuziani, penah gak terdengar pasal tu. dulu my hubby pon penah kena cancer. secara traditional elakkan makanan tumbukan menjalar utk memperlahankan lagi canser tu merebak.. tp kalau boleh kena reduce dramatically gula, minyak dalam makanan. harap dpt membantu.. kalau ada soklan lg leh tanya ok

    ReplyDelete
  11. thanks for these info.. sangat membantu utk kesihatan..

    jemputlah baca entri baru, oohh ooohh ooohh MAHA 2010 di Malam Gerimis di shirashafrida.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. just sharing apa yg tahu.. bagus utk kita semua ni

    ReplyDelete
  13. thank 4 the info..sblm ni hnya tau yg mnyk mengoreng ayam or ikan xleh ulang pki bnyk2 kali..rupanya teknik mengoreng tu pn dh bleh sbbkan kancer..

    ReplyDelete
  14. Rabia suka sgt masak guna minyak banyak.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post