Tips kekal langsing walau tidak bekerja - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, November 22, 2010

Tips kekal langsing walau tidak bekerja

gambar ihsan google

Kesibukan wanita kerjaya membolehkan sedikit sebanyak tubuh anda bergerak. Malah bagi yang memang selalu punya tugasan di luar ketika bekerja ini juga menjadi alasan untuk tidak bersenam. Kalau sudah selalu bergegas ke sana ke mari secara tidak langsung itu juga satu bentuk senaman untuk tubuh.

Tapi bagaimana jika suami minta anda menumpukan perhatian pada anak dan keluarga sekali gus berhenti kerja. Ini bermakna, selain harus melepaskan kerjaya, tubuh anda juga tidak lagi secergas seperti ketika bekerja. Jika dulu rutin anda memang penuh. Bangun di awal pagi menyediakan sarapan dan mungkin makanan tengah hari untuk suami dan anak-anak ke sekolah, sebelum bergegas bersiap untuk ke pejabat. Di pejabat, sibuk meneliti jadual kerja, menyiapkan tugasan, membentangkan kertas kerja, mesyuarat dan sebagainya.  Pulang ke rumah pula, perlu menyediakan makan malam, mengemas rumah dan melihat anak-anak menyiapkan kerja sekolah. Lewat malam barulah dapat berehat melelapkan mata. Rutin serupa itu akan berulang kembali keesokan harinya. Jadi, di mana masa untuk bersenang-lenang tanpa sebarang aktiviti kecuali di hari cuti?

Sebab itu, ada di antara wanita dan isteri agak bingung memikirkan kesudahan mereka apabila terpaksa berhenti kerja. Sebahagian daripada gaya hidup aktif mereka tidak lagi berjalan seperti biasa, memungkinkan bentuk tubuh tidak lagi kelihatan menarik dan langsing seperti sebelum ini. Bagi anda yang agak buntu memikirkan cara yang baik untuk mengatasinya, panduan berikut sedikit sebanyak boleh membantu anda. Ikuti tip di bawah:

1 Sediakan jadual latihan gerak
Jika sudah terbiasa aktif, jangan bimbang. Sediakan jadual latihan gerak ini. Pasti mudah untuk anda ikuti memandangkan anda sememangnya sedia aktif sebelum ini. Lakukan latihan ini setiap hari dengan tempoh masa tertentu. Tetapi, pastikan anda sudah mula menyediakan jadualnya sebelum berhenti kerja lagi. Pastikan juga, anda tidak berehat terlalu lama selepas berhenti kerja. Cuba mulakan latihan ini dua atau tiga hari selepas anda berhenti kerja supaya gerak kerja anda yang aktif sebelum ini tidak merosot. Fokus untuk terus kekal sihat dan cergas demi kelangsingan serta kesihatan tubuh badan.

2 Memasak makanan segar
Pastinya ini bukan lagi masalah untuk anda. Anda kini menjadi suri rumah sepenuh masa. Kekalkan rutin anda yang satu ini. Jika dilihat dari sudut yang positif, kini anda lebih mempunyai banyak masa untuk menyediakan makanan yang lebih segar dan menyihatkan. Mungkin ketika bekerja dahulu anda terpaksa menyediakan makanan yang segera,
contohnya tepung penkek segera sebagai menu sarapan pagi anda sekeluarga. Kini, anda punya banyak masa untuk menyediakan menu sarapan yang lebih menyihatkan bukan? Tentu lebih segar dan enak dinikmati bersama keluarga.

3 Bergaul
Sesekali, ambil masa terluang anda untuk bergaul dengan rakan-rakan atau jiranjiran terdekat. Tetapi, pastikan jiran yang dimaksudkan adalah jiran yang baik. Bukan sekadar jiran yang tahu bergosip sahaja. Bergaul di kalangan jiran dan rakan yang turut mementingkan penampilan dan penjagaan kesihatan adalah lebih baik. Jangan pula nanti, apabila sudah tidak bekerja, penampilan berubah sehingga tidak lagi dijaga rapi. Inilah masa yang terbaik untuk anda menjaga diri, kesihatan dan kelangsingan tubuh badan. Masa anda begitu banyak terluang bukan? Ajak rakan-rakan dan jiran sama-sama melakukan aktiviti seperti senaman, aerobik dan sebagainya.

4 Lakukan aktiviti fizikal
Di waktu petang, ambil masa untuk beriadah dengan anak-anak. Didik anakanak duduk di rumah dan lakukan aktiviti bersama seperti berbasikal, berjoging di taman permainan atau padang atau mungkin boleh juga berkebun di halaman rumah. Pelbagaikan aktiviti supaya anak-anak lebih seronok untuk meluangkan masa di rumah berbanding bermain
di luar. Lebih menyeronokkan bukan? Anakanak tidak terbiar dan berpelesiran di luar, malah dalam masa yang sama, anda dapat membakar kalori untuk kekal langsing.

15 comments:

  1. good info dikk ..
    sukeeeeeeeeeeeee :)

    ReplyDelete
  2. yerp.. good info. boleh di praktikkan..:)

    ReplyDelete
  3. klau rsa mls bsenam.., jalan kaki pagi2 or petang2 smpai kuar peluh pn ok ! kn..kn ~ huhu

    ReplyDelete
  4. wah..btol2...tq 4 sharing sis..=)

    ReplyDelete
  5. nak makan! nak makan.... hehehee
    tq for info.. kena amalkan nih..

    http://shakiddo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. salam pagi, lawatan ellen ke "A MUST VISIT BLOG"...apa kbr hari ni?

    tak dapat buka s.mix..hehe

    ReplyDelete
  7. Good Tips MamaPipie..Thanks ya!! Myna nak berenti koje, nak fokus pada family..TAPI Mr.A tidak bagi..hohohho!!

    MamaPipie SB buat hal ehh..jadik semborono pun di layan dehh.. ramai yang begitu.. sob3x.

    ReplyDelete
  8. jom ar kita try ramai.. menda yg baik elok dikongsi bersama kan.. mmg skrg ni SB ada prob tak mo kuar huhu.. susah la camni kan..

    myna, mr a tak bg berenti ke.. tu la kalau ikut ati pon rasa cam nk berenti n duk umah jaga anak. tp bila dah duk umah rasa boring plak hihi

    ReplyDelete
  9. salam,,


    good info...terima kasih..:))

    ReplyDelete
  10. info best nih....
    bukan apa takyah la kata tak keja...
    kalu cuti panjang pon badan da leh kata cam belon kadg2 heheheh
    but
    still i love eating...

    ReplyDelete
  11. tq..
    itu yg dok praktik selama duathn cuti tanpa gj ni..

    ReplyDelete
  12. harap2 bermanfaat utk kita semua

    ReplyDelete
  13. info best..Omu sekarang tengah cuti duk rumah...sekarang ni pun tengah diet..xtau la boleh ker tak..

    ReplyDelete

Words of wisdom