Wednesday, November 10, 2010

Tip Dekati Anak Sebagai Kawan

1 Kongsi hobi –
Aktiviti seperti membaca, melukis, bermain muzik mahupun bersiar-siar. Minat yang dikongsi bersama dapat menambahkan keyakinan dan kepercayaan anak dan ibu bapa. Selain itu, anak menganggap ibu bapa sebagai kawan untuk bermain mahupun menyelesaikan masalah harian mereka.

2 Prihatin –
Kasih sayang tidak semestinya perlu dilahirkan dengan kata-kata. Malah perbuatan seperti mengambil berat, membantu apa yang perlu serta memeluk anak juga dapat mengeratkan perhubungan.

3 Belaian –
Anak suka dibelai, didakap dan dimanja. Anak rasa selamat jika berada di sisi ibu  bapanya. Waktu paling sesuai untuk memberi kesan belaian iaitu sebelum anak masuk tidur dan baru bangun tidur.

4 Bermain –
Mungkin agak janggal ibu bapa bermain dengan anak kecil. Tetapi itulah teman terhebat dalam dunia anak. Anak berasa sepi jika bermain seorang diri di rumah. Apatah lagi,
permainan tersebut memerlukan teman untuk bermain sama. Waktu bermain juga membina sikap toleransi dan bekerjasama pada diri anak.

5 Adil –
Ibu bapa perlu bijak bersikap adil dengan anak. Bayangkan anak ramai tetapi cuma ada sebiji telur di dapur. Ibu yang bijak akan menjadikan telur kepada makanan yang boleh
dikongsi ramai seperti telur dadar atau nasi goreng.

6 Bercuti sekeluarga –
Aktiviti paling dinanti-nantikan ketika cuti sekolah adalah percutian sekeluarga. Bercuti
dapat merehatkan akal, minda dan tubuh. Selain itu, hubungan kekeluargaan menjadi lebih erat apabila berada di tempat asing. Rancang percutian keluarga dari segi bajet dan destinasi . Pulang ke kampung atau berkelah di tempat rekeriasi berhampiran
juga boleh dijadikan aktiviti bersama keluarga.

17 Responses so far.

  1. tips yg bagus...akan cuba diamalkan

  2. pN.rOs says:

    anak adalah kita di masa hadapan...
    nak anak jadi apa? jadilah ia terlebih dahulu

  3. paling suka tip no 6..hehe mmg kita amalkan tip tu..ekekek:D

  4. adda says:

    jom la kite amalkan apa salahnye mencuba kan.. tp tip no 6 tu setakat balik kg selalu la. tp kalau nk gi holiday tempat lain tak penah huhuu

  5. ieda says:

    huhuhuhu akak selalu lupa nie semua , adakalanya x de masa kan ..

    ermmm lepas nie kena prkatikkan .. :)

    thanx saring the info dikk :)

  6. mommyYen says:

    suka dgn tips ni..thx ya for sharing

  7. Keyyah says:

    yup mak sy slalu wt mcm ni...yg ptg adillll....

  8. zmah says:

    Anak adalah PEWARIS kita,didiklah mereka sebaik mungkin.

  9. sya buat anak mcm kwn tp ada batasnya. anak sya juga bodyguard sya. Hehe ..

  10. info yang bagus...
    dulu mana rapat dengan parents sebab garang semacam...hehehe

  11. info yg bagus untuk parent.. kadang tu mmg dah tahu tapi jarang nak buat.. Thanks yer..

  12. adda says:

    semoga tip ini berguna utk kita semua. mmg le dlm kesibukan kita kekadg terlalai. tp marilah kita bersama2 ingat mengingati. ni pon nk ingatkan diri sendiri gak ni

  13. nice la sis..tq 4 sharing..hihi..

    psstt..tenet ifa lembab nie..xleh tgl jejak..huhu

  14. merah_s says:

    bagusnya entry ni.. terimakasih ya..

  15. Good info. Selalu juga buat dengan anak buah guna cara ni. Makin intim kami. Hehe.

  16. adda says:

    rasanya mmg logik anak or budak2 akan lg rapat dgn kita. ye la, sapa je la yg tak suka dirinya diperlakukan spt tips tu kan. bapak bdk pon rasnaya boleh jugak ni

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 370000 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..