Tanda-Tanda Orang Berbohong


Sekadar berkongsi info. diambil dr iluvislam kot..


BAGAIMANA nak mengenali sama ada anda sedang dibohong? Tidak
kira lelaki atau wanita, kalau sudah kaki pembohong itu, kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu
sedang berbohong.

Menyentuh hidung - Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil
pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar.
Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila seseorang
bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut - Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut
mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik
yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak
berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba
menghalangnya.

Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap
merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya
tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti
sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.

Pergerakan mata - Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan di mana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan - Orang yang berbohong perlu berfikir
sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang
tersebut mungkin berdusta. 

Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, Sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu
berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya
dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya
berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin
merupakan tanda orang tersebut berbohong.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. semua betul ... hahaha thanx dikk good info ..

    kdg tuu ada jugak akak berbohong tapi dgn anak .. utk kebaikan adalah huhuh

    ReplyDelete
  2. adda, kalo org yg mmg 'expert' berbohong, blh kesan ke tanda2 dia tgh berbohong??..kekadang aku ni susah skit nak 'trace' org tu ckp betul ke tak??...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. lain kali boleh la test...hi.hi.hi....

    ReplyDelete
  4. hahaha.. btul lah.. thanks for the info sis ;)

    muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

    ReplyDelete
  5. sangat bagus lah..

    Yang biase denga hidung pinokio tu je hehee

    ReplyDelete
  6. tanda org pembohong~~kena penampaq wat xtau ja...ahaks..hehehe


    LANCER GADOH NGAN INSPIRA

    ReplyDelete
  7. huk2..susah nak menipu...ase macam xbek je...hihihi

    ReplyDelete
  8. ouch, itu mcm ke?.. hihihi, kena tgk ni.. tq 4 sharing!

    ReplyDelete
  9. betui2 mesti nampak tp tu pada yg baru blajar bohong tu..
    kalu yg mmg terer nipu susah nak kenal

    ReplyDelete
  10. heheh betul gak kata hang tue.,...

    angah 4lllow uuu jom kita tukar2 link

    ReplyDelete
  11. sapa2 yg nk belajar tanak org kesan bohong tu bulah gak refer sini haha.. sori gurau aje.. mmg kekdg tu ada makhluk yg terer gilar berbohong. biarlah itu antara dia dgn allah. sendiri mau ingat je laa

    ReplyDelete
Previous Post Next Post