Saturday, November 27, 2010

Kisah Teladan: Berkat Membaca Bismillah

Ada seorang perempuan yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan suruhan agama apatah lagi berbuat kebaikan. Kerana ketaatannya kepada Allah, perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali dia hendak memulakan sesuatu.

Kelakuannya itu tidak disenangi dan disukai oleh si suami dan dia sentiasa mengejek isterinya. Si isteri mendiamkan diri sahaja setiap kali diejek, sambil berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya itu. Suatu hari, si suami berkata, “Suatu hari nanti, engkau akan kecewa dengan bacaan-Bacaanmu itu.” Kemudian, dia memberikan sejumlah wang yang banyak kepada isterinya untuk disimpan. Lalu si isteri mengambil dan menyimpan wang itu di tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa. Namun, kelakuannya itu diintip oleh si suami yang selepas itu mengambil dan mencampakkan wang itu ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Beberapa hari kemudian, si suami memanggil isterinya dan berkata, “Berikan kepadaku wang yang pernah aku berikan untuk disimpan suatu ketika dulu.” Kemudian, si isteri pergi ke tempat dia menyimpan wang tersebut. Seperti biasa, dia akan memulakan dengan bacaan “bismillahirrahmanirrahim.” Alangkah terperanjat si suami apabila si isteri memberikan bungkusan wang tersebut kepadanya. Dia berasa bersalah kepada isterinya dan terus bertaubat kepada Allah.

10 Responses so far.

  1. Zaer!! says:

    Amin.semoga jadi pengajaran dan teladan bagi kita semua.Thanks sebab berkongsi cerita menarik.;p

  2. zmah says:

    Alhamdulillah...berkat isterinya suami bertaubat..

  3. nza says:

    kisah n boleh dijadikan teladan.....

  4. alhamdullilah.kerana isterinya suaminya akhirnya bertaubat.syukur la.tq 4 sharing sis.

  5. ieda says:

    kebesaran ayat allah tuu luas .. moga dgn taubatnya si suami menjadi pengajaran kepada kita semua ..

    syukur dan tkasih sharing dikk :)

  6. alhamdulillah....suka cerita neh..leh jadikan tauladan..

  7. cerita tuladan yg menarik dan menginsafkan diri. lepas nie kina nak baca bismillah bila kina nak buat sesuatu. moga dpt keberkatan dariNYA...

  8. adda says:

    marilah kite sama2 baca dan amil pengajaran. tima kasih u ols sudi komen sini. mwahh

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 370000 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..