Friday, October 22, 2010

Jom jaga kuku kita



Jangan potong kuku terlalu pendek
Peka dengan pertumbuhan kuku anda. Jangan sekali-sekali biarkan ia panjang
melebihi isi jari. Perlu diingat, kuku yang panjang ialah apabila anda dapat tidak dapat menyentuh hujung jari sebaliknya kuku yang dirasai. Sebaiknya, potonglah kuku dengan cara meninggalkan sedikit kuku berwarna putih di bahagian hujungnya. Bimbang kalau dipotong terlalu pendek boleh mengakibatkan kecederaan pada jari anda kelak.

Jangan malas ratakan kuku selepas dipotong
Selepas memotong kuku jangan biarkan begitu sahaja. Rajin-rajinlah rata hujung kuku berkenaan menggunakan nail file atau pengasah. Biar nampak kemas dan bersih selepas dipotong. Tidaklah berjeriji.

Potong kuku dengan cara yang betul
Sebagai makluman, cara betul untuk memotong kuku tangan anda
adalah dengan membentuknya menjadi empat segi. Seeloknya elakkan dari membuang kutikel pada kuku bagi mengelakkan kemasukan bakteria ke dalamnya.

Biarkan kuku berkilat secara semula jadi
Bagi mendapatkan hasil kuku yang sihat dan berkilat, jangan malas untuk mendapatkan khasiat serta kalsium pemakanan yang seimbang. 
 
Gunakan losen untuk melembapkan tangan
Tangan yang tidak berlosen kelihatan tidak bermaya dan tidak lembap sekali gus memperlihatkan kulit yang kurang sihat dan tidak bersinar.

16 Responses so far.

  1. owh..cmtu upenye..thanks..

  2. Cik Jari says:

    hee..heeeee..tq kak..

    malasnye nak lumur losyen...terasa berminyak je....tp akan cuba gaklah rajin2 lumur losyen nanti:)

  3. zmah says:

    Lepas rawatan ni kuku akak mesti CANTIK...berSINAR

  4. Wawa~* says:

    alamak... sy mmg malas nk ratakan kuku la sis :P pasni nk cuba rajinkan diri.. tmbah pulak uncle n auntie sy ada mention psl ni gak ari tu, hehehehe

    thanks for the info ;)

    muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

  5. diana says:

    4 segi??
    tapi akak suke dia jadi bulat..

  6. adda says:

    hihi jom ramai ratakan kuku n jaga kuku kite yek.. sebenarnye akak pon tak suka buat 4 segi tp kalau nk wat bulat kena hati2 la jgn sampai buang kutikel kt tepi kuku tu.. nanti tak lawo

  7. Potong kuku hari Jumaat, dapat pahala..

  8. Abhamz says:

    salam, info yg menarik, sering tak ambik berat. Blog yg hebat...saya follow...klu sudi follow saya pulak..

  9. nak kuku cantik pakai vaseline pun dh okey kn?

  10. ieda says:

    thanx sharing .. selalu akak lupa nak ketip kuku anak2 ..huuhuh

  11. adda says:

    jom sama2 amalkan tips ni.. kak ieda, asya pon kekadang lupa gak huhuu

  12. adda says:

    duul2 selalu gilap kuku dgn collgate. hasilnye amat kilat sampai 2-3 hari. cubal aa

  13. suke bace info bab kuku. Cara sunat potong kuku ade kat my blog. Tapi camne nak potong jadi 4 segi??

  14. adda says:

    tips, nanti nak baca lah pasal cara sunat potong kuku kt blog awak. nak potong 4 seti tu maksudnye takyah potong tepi2 tu. just potong atas kuku aje.. ee faham ke ni? :)

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors