Sunday, July 11, 2010

Panduan Adab Bermusafir cara Rasulullah

Sesungguhnya sunnah Rasulullah SAW menjadi panduan bagi kita.. Jom baca ttg musafir cara Rasulullah..


1 Memulakan perjalanan pada hari Khamis (jika boleh dilakukan).
“Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai
memulai perjalanannya pada Khamis.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

2 Memulakan perjalanan pada waktu malam. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

3 Menjaga makan-minum agar tidak bercampur dengan perkara yang syubhah. Rasulullah s.a.w pernah menyebutkan dalam satu hadis tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan panjang, rambutnya kusut dan berdebu. Dia berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit, dia berucap: Ya Rabbi, Ya Rabbi, sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya dimakbulkan. (Hadis diriwayatkan Imam Muslim)

4 Dianjurkan bermusafir bersama-sama Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

5 Meraikan permulaan perjalanan dan berdoa. Abu Hurairah r.a meriwayatkan,
seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan
memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.” (Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

6 Dianjurkan agar segera kembali ke pangkuan keluarga apabila urusan sudah selesai. Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

7 Responses so far.

  1. eiman says:

    thanks for the info

  2. amira says:

    tq...sgt menarik..
    lagi2 info yg no 2 tu...
    x pernh taw pon..huhu

  3. adda says:

    mmg menarik kan.. sebab tu tepek kan kt sini. artikel ni dimabil dari iluvislam. lupa nak mention lak

  4. salam perkenalan,

    terima kasih kak. info yang menarik.

    saya selalu bermusafir ke johor dari terengganu. boleh amalkan info yang akak bagi ni...

  5. terima kkasih kongsikan ino,kak..tak ramai yg ambik tahu yg macamni

  6. zRuss0611 says:

    tq atas ilmu yg dikongsi ... mohon izin utk copy....

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 370000 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..