Tuesday, June 1, 2010

Sujud Tilawah & Ayat Sajdah



DALAM al-Quran ada beberapa ayat iaitu apabila dibaca, kita disunatkan bersujud. Ayat ini disebut ayat Sajdah dan sujudnya disebut sujud tilawah.

Tilawah bererti bacaan. Maka sujud tilawah ertinya adalah sujud bacaan.

Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ayat Sajdah adalah ayat 15, surah as-Sajdah; ayat 206, surah al-A'raaf; ayat 15, surah ar-Ra'd; ayat 49 dan surah an-Nahl.

Ayat 107, al-Israa'; ayat 58, surah Maryam; ayat 18, surah al-Haj; ayat 60, surah al-Furqaan: ayat 25, surah an-Naml dan ayat 38, surah Fussilat.

Ayat 19, surah al-'Alaq; ayat 62, surah an-Najm; ayat 21, surah Insyiqaaq dan ayat 24, surah Saad.

Sujud tilawah disunatkan tidak hanya pada waktu solat, malah luar solat. Namun dalam solat berjemaah, sekiranya imam tidak melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud. Hal ini kerana makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam.

Sujud tilawah juga boleh ditangguhkan. Misalnya, ketika dalam jalanan tiba-tiba kedengaran seseorang membaca ayat sajdah. Maka, tidak diharuskan sujud seketika itu juga. Hal ini kerana untuk melakukannya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di tempat yang suci, sama seperti mahu mengerjakan solat.

– Petikan Mastika Hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
petikan Berita Harian 17/05/05

3 Responses so far.

  1. terlalu banyak kelebihan sujud :)
    terima kasih atas info

  2. hajarus says:

    thanks kongsi info kak...

  3. Jet says:

    Oh,your blog is very nice .I really like it ◕‿◕✿



    ..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥.
    ♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
    ♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
    ♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
    ♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
    ♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
    ♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
    ♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥


    ----------------------------------
    Welcome to my websites :
    Desktop Wallpaper
    Theme for Desktop
    Theme for Mobile
    Theme for Media

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 370000 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..