Wednesday, July 23, 2008

Perkahwinan Syahir Izam & Suhada : Satu citarasa mencetus cinta







Perkahwinan Syahir Izam & Suhada
Satu citarasa mencetus cinta

Tepat jam 11.30 pagi tanggal 26 Mei 2007, pasangan mempelai ini selamat diijabkabulkan di Masjid Jamek Taman Dato Abdullah Jaafar Bakri, Muar setelah sembilan bulan menjalin ikatan pertunangan. Majlis gilang-gemilang ini turut dimeriahkan dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat kedua-dua mempelai dari Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Singapura. Pengantin perempuan diwalikan sendiri oleh bapa, En. Ahmad bin Abdul Kadir. Dalam persalinan elegan rona biru nan tenang, wajah Syahir Izam dan Suhada terserlah bahagia, dapat hidup berdua ke penghujung usia. Upacara pembatalan air sembahyang disempurnakan dengan menyarung cincin dan seutas gelang emas ditangan pengantin perempuan, manakala cincin untuk pengantin lelaki juga disarungkan pada masa yang sama.

Pihak lelaki mengirim sembilan dulang hantaran antaranya jambangan sirih junjung, sepasang baju persalinan, cincin dan bunga rampai, set toiletries Enchanter, kasut Carlo Rino dan tas tangan FT Timberland, set perfume Live Jennifer Lopez, coklat, kek fondant dan buah-buahan, dibalas sebelas dulang hantaran dari pihak perempuan melengkapi jambangan sirih junjung, sepasang kain pelekat beserta sejadah, set talipinggang dan wallet Andrea Michelli, sepasang kasut Crocodile dan stoking, bunga rampai, set perfume Silver Shadow Davidoff, coklat, manisan, cincin, kek buah dan buah-buahan.

Upacara resepsi menyusul pada 2.00 petang dan dimeriahkan dengan persembahan zapin dari Kumpulan Zapin Johor dan pencak silat. Rumah pengantin perempuan bagaikan bercahaya meraikan temasya, seolah-olah turut bergembira dengan perkahwinan puteri sulung pasangan En. Ahmad dan Puan Jamilah ini. Seramai 1000 tetamu terdiri keluarga pengantin datang memberi restu, sambil mendoakan kebahagiaan agar jodoh Syahir Izam dan Suhada berkekalan hingga ke anak cucu. Busana tradisional dalam tema maroon dari butik Andaman Pengantin Remaja ternyata mencuri tumpuan saat mereka bersanding berdua di pelamin istimewa. Upacara persandingan diserikan lagi dengan tradisi ”tol” yang terkenal di Johor serta upacara membaling duit dan gula-gula.

Pada malam hari, rumah pengantin perempuan dimeriahkan pula dengan persembahan kuda kepang dari Sungai Balang. Semoga perkahwinan yang didasarkan dari perasaan cinta yang mendalam Syahir Izam dan Suhada berkekalan dunia dan akhirat. Amin..

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors