Jadi org KL






Lagi 2 minggu nak naik kerja, kitaorg pun balik Shah Alam.. Memang decide nak balik awal sket utk biasakan Syafi dgn persekitaran baru.. sebenarnya semasa jaga Syafi dari dalam pantang agak mencabar sket.. dia kuat nangis esp masa malam..kekadang tuh kul 6pg baru dia nak tido.. masa tuh mmg aku dah jadi zombie dah.. Bila sampai shah alam pun serupa gak.. tp yg berbeza kat sini ada astro.. so, kalau dia x tido.. kitaorg lepak tgk movie jer sampai dia tertidur..

Alhamdulillah, Syafi mmg seorg anak yg baik.. tiba masa mama kena start semula kerja selepas maternity leave habis, terus dia OK.. tidur pun dah awal sket.. very good boy.. dia faham mama dia nak keje tuh

Syafi kena inject masa ni gak.. demam dia 1 hari.. risau aku n syahir.. aku perasan badan dia panas masa malam tuh.. so, kitaorg x tido sebab sibuk nak lapkan badan dia n amik temperature.. alhamdulillah lepas tu ok.

selepas 1 minggu aku kejer dia kena sakit mata plak.. tp x teruk cuma merah jer.. yg bestnyer dia jangkitkan sakit mata tu kat syahir.. syahir pulak yg kena teruk.. hehehe..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

1 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post